suria

Jamal Abdillah tegas soal bayaran, tolak undangan kalau tawar harga rendah

Jamal terbuka untuk menerima undangan menyanyi secara percuma di acara kebajikan.

TEGAS dalam menerima sebarang tawaran persembahan pentas, penyanyi Datuk Jamal Abdillah akan menolak mana-mana undangan dengan harga rendah.

Jamal, 65, berkata, pihak penganjur sepatutnya lebih maklum mengenai harga perlu dibayar kepada penyanyi sepertinya dan bukannya meletakkan bayaran tidak masuk akal.

Pun begitu kata Jamal, dia bukan seorang yang tidak berhati perut malah terbuka dengan perbincangan termasuk jika sesebuah persembahan itu membabitkan projek kebajikan.

jamal 2

Jamal berharap penganjur acara lebih peka dalam soal bayaran penyanyi.

“Biasanya mana-mana penganjur acara sudah tahu meletakkan harga namun masih ada memberi tawaran tidak masuk akal sehingga saya terpaksa tolak.

“Jika ada tawaran menyanyi tidak membabitkan jualan tiket seperti program kebajikan untuk anak-anak yatim saya terima. Kalau melibatkan acara berbayar sepatutnya ada bayaran untuk penyanyi.

“Pada usia saya sekarang bayaran adalah nombor dua sebab penganjur sudah tahu tapi apa lebih penting adalah saya mahu hiburkan peminat,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun dah tua...” - Jamal Abdillah kongsi digoda peminat, sentiasa ingat isteri dan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Duet artis baharu cara Jamal Abdillah kekal relevan, janji adakan konsert dua malam jika tiket ‘sold out’

Bercakap mengenai karier seni, Jamal terbuka menghasilkan lagu-lagu baharu termasuk kolaborasi dengan penyanyi generasi baharu.

Tidak hanya itu, Jamal juga sentiasa merancang jadual persembahan selain berazam menganjurkan konsert terbitan syarikatnya sendiri.

“Setiap tahun saya akan pastikan sekurang-kurangnya dua konsert sendiri. Kalau tiada pihak nak anjurkan saya sendiri akan buat.

Kalau melibatkan acara berbayar sepatutnya ada bayaran untuk penyanyi

DATUK JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

“Saya akan terus aktif dan terbuka jika ada mana-mana komposer mahu hasilkan lagu baru saya.

“Kalau ada penyanyi nak berkolaborasi atau berduet pun saya tiada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, Jamal bakal bakal tampil menghiburkan peminat dalam Konsert Datuk Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura yang bakal berlangsung pada 15 Februari 2025 di Zepp, Kuala Lumpur.

jamal 3

Jamal janjikan persembahan istimewa dalam konsert akan datang.

Menerusi konsert itu nanti, Jamal berharap dapat menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu jarang dinyanyikan dalam mana-mana konsertnya sebelum ini.

“Banyak lagi lagu-lagu popular sebelum ini namun saya jarang nyanyikan dalam konsert. Jadi rasanya kali ini saya mahu hiburkan peminat dengan lagu-lagu jarang mereka dengar.

“Apa pun saya mengharapkan semua yang hadir nanti akan terhibur dan ia bakal menjadi kenangan indah buat semua,” jelasnya.

Pembelian tiket ini boleh dibuat di www.ticket2u.com.my dengan harga bermula dari RM360 hingga RM395 selain RM7,500 bagi VIP Box.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain