suria

Intan Najuwa tak pernah impi dapat lelaki sempurna, sering doa jodoh dengan insan terima dia seadanya

Intan kini bahagia disamping suami tersayang.

SEDANG meniti bahagia bersama suami tersayang, pelakon Datin Intan Najuwa tidak pernah berharap mendapat seorang lelaki yang sempurna sebagai pasangan hidup.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, sebaliknya berkata, fokusnya dalam doa agar dipertemukan dengan pasangan yang bukan sahaja baik tetapi dapat menerima dia seadanya.

"Bagi saya selama saya single dulu, saya tak pernah mengharap mahu suami seperti itu atau macam ini.

Untitled design

Intan bersyukur memiliki suami sempurna seperti Azraf.

"Saya cuma doa yang baik-baik supaya saya dijodohkan dengan insan yang baik dan terima saya seadanya," katanya.

Najuwa juga percaya jika seseorang itu ditakdirkan untuknya, pasti akan ada jalan menjadikan hubungan itu berjaya walaupun terdapat perbezaan.

"Dah kalau namanya jodoh, Allah akan atur cantik-cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa sifatkan suami lelaki luar biasa, yakin dapat jadi bapa terbaik buat anak mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asyik fikir ‘shopping’, ibu nasihat Intan Najuwa bagi bayi dalam kandungan dengar zikir ayat al-Quran

"Awak tak perlu tahu dan fikir kalau dia memang untuk awak atau tidak," ujarnya.

Sementara itu, Intan berkata, perselisihan faham atau perbezaan pendapat dalam sesuatu hubungan adalah perkara biasa.

Baginya wanita tidak perlu tertekan dalam soal mencari jodoh sebaliknya perlu tenang dan menerima apa sahaja yang datang.

Intan tidak stres fikir tentang jodoh.

Intan kini sedang menanti kelahiran bayi pertamanya.

"Ikut saja arus kehidupan dan hidup tanpa penyesalan" katanya.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira bahawa dia sedang hamil anak pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain