suria

Fazura rekod persetujuan berkaitan nafkah idah dan anak, fail kes hadanah terhadap Fattah Amin

Fazura dan Fattah capai kata persetujuan di luar mahkamah sebelum sah bercerai.

SELEPAS hampir sebulan bercerai, pelakon Nur Fazura selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah berkaitan dan anak perempuan mereka yang dipersetujui bersama bekas suami iaitu aktor Fattah Amin sebelum ini.

Peguam syarie mewakili Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan yang memberitahu proses berkenaan di lakukan pada Isnin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam.

"Baru selesaikan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah anak.

fattah 3

Fattah can Fazura bersama anak mereka.

"Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui oleh mereka berdua dalam proses penceraian sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Fazura juga dikatakan telah memfailkan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.

Perbicaraan berkaitan hal tersebut akan berlansung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abai nafkah antara punca fail cerai... Fazura banyak berkorban demi Fattah Amin, siap hadiahkan Range Rover

"Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan pada tarikh yang telah ditetapkan," ujarnya ringkas.

Untuk rekod Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

fattah 2

Fattah dan Fazura bercerai talak satu.

Persetujuan bersama dibuat kedua-dua belah pihak sebelum lafaz cerai dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.

Permohonan cerai dibuat oleh fazura pada 13 September lalu.

Kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain