suria

Tiga bulan simpan rahsia, Eyka Farhana kini tunang Akhyar Rashid

Eyka dan Akhyar sudah tiga bulan bertunang.

TIADA angin tiada ribut pelakon Eyka Farhana mendedahkan sudah bergelar tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid.

Eyka atau Wan Atiqa Wam Sarmizi, 29, berkongsi berita gembira itu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.

"Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku," tulisnya ringkas.

size NP 1 - 2024-11-04T171115.475

Eyka berkongsi tarikh pertunangan mereka.

Menerusi salah satu foto yang dikongsi di Instagram memperlihatkan sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka.

Malah pasangan ini dilihat sedondon mengenakan baju berwarna coklat ketika hari pertunangan mereka.

Difahamkan majlis tunang Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga mereka sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana kongsi detik perkenalan dengan Akhyar Rashid, tiada masalah jalani percintaan jarak jauh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Karier masih nombor satu, Eyka Farhana belum ada perancangan nikah Akhyar Rashid

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan pasangan ini untuk berkahwin depermudah.

"Yang ditunggu-tunggu akhirnya terjadi, satu langkah sahaja lagi. Tahniah Eyka dan Akhyar.

"Tahniah Eyka, semoga urusan seterusnya dipermudahkan.

size NP 1 - 2024-11-04T171135.642

Majlis pertunangan Eyka dan Akhyar dihadiri keluarga.

"Alhamdulillah, tahniah Eyka dan Akhyar. Akhirnya mereka bertunang," tulis netizen.

Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar bermula sejak 2020.

Sebelum ini, Eyka menafikan dia sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain