suria

Fadzil Zahari sekolahkan scammer cuit hati netizen, ada hati nak ugut sekat nombor telefon - “Nak jadi scammer kena bijak sikit”

Gelagat lucu Fadzil menyakat scammer mencuri perhatian pengikut di Instagram.

PELAKON dan penerbit Fadzil Zahari mencuit hati netizen dengan gelagatnya menyakat sindiket penipuan atau scammer yang dipercayai menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat telekomunikasi.

Fadzil atau Fadzil Bahari Zahari, 41, tanpa berselindung memberitahu itu bukanlah kali pertama dia diganggu sindiket berkenaan yang penuh dengan tipu helah.

"Biasa saya dapat panggilan scam yang sama macam ini. Dia takutkan saya dulu cakap saya langgar oranglah, beli dadahlah. Sebiji macam apa awak buat sekarang," katanya.

Copy of Untitled - 2024-11-04T115903.468

Fadzil berkongsi video perbualan bersama sindiket tersebut di Instagram.

Fadzil berkongsi perkara itu menerusi hantaran video perbualannya bersama scammer di Instagram pada Ahad.

Dalam perbualan tersebut, sindiket berkenaan bertindak mengugut untuk menyekat dan menyenarai hitam nombor telefon peribadi pelakon itu atas alasan terlibat dengan penyebaran iklan palsu.

Tidak terpedaya dengan ugutan, Fadzil secara bersahaja meminta scammer tersebut untuk lebih bijak memandangkan tiada pejabat yang beroperasi pada hujung minggu.

"Orang jual data itu perkara biasa. Saya dah banyak kali scammer telefon. Saya mahir mengesan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit tak dapat kawan pun hilang”... 10 tahun Fadzil Zahari tunggu rakan bayar hutang, media sosial dah kena sekat

ARTIKEL BERKAITAN: “Nasib abah tak belasah saya” - Fadzil Zahari imbau kisah pinang Yana Samsudin, tinggal pesan kalau bertemu jodoh orang Johor

"Bro, orang kerja hari Isnin sampai Jumaat. Hari Ahad mana ada pejabat buka. Nak jadi scammer silalah bijak sikit!" ujarnya.

Pada masa yang sama, Fadzil sempat menasihatkan pengikutnya terutama agar tidak mudah tertipu dengan modus operandi digunakan sindiket tersebut.

"Kena beritahu mak ayah, pakcik makcik kita jangan cepat takut kalau ada orang telefon, tahu nama kita, nombor kad pengenalan kita, sekarang dah jadi perkara biasa maklumat kita dijual.

"Yang penting kita sendiri jangan sebut nombor kad pengenalan kita, dengan rakaman suara itu mungkin boleh dijadikan bukti untuk buat pinjaman," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain