PELAKON Qi Razali mengambil pendekatan memilih dalam setiap tawaran lakonan diterimanya agar kemunculannya dapat meninggalkan kesan buat penonton. Tanpa berselindung, Qi atau Qushairi Mohammed Razali Wong, 47, pernah menolak beberapa tawaran kerana enggan membazir masa melakukan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan buat penonton atau kariernya. “Pada tahap sekarang saya berlakon untuk kepuasan dan mahu meninggalkan mesej buat penonton. Bukan sekadar hiburan. Qi memberi kelainan dalam filem Babah. “Saya akan terima sesuatu tawaran jika ia watak tak pernah saya lakonkan atau jalan cerita sesuatu drama atau filem itu tidak klise,” katanya kepada mStar. Pernah melakonkan pelbagai watak sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Qi kini mengidamkan peranan sebagai seorang anggota polis atau pegawai penyiasat. Walaupun memilih naskhah dan watak namun Qi tidak mempunyai masalah bekerja drngan mana-mana pengarah kerana percaya setiap daripada mereka ada cara tersendiri menggarap sesebuah karya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Qi Razali sudah bertunang, kahwin orang industri tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Bukan selektif tapi berhati-hati, Cristina Suzanne elak ambil watak ‘emak’ Sementara itu, Qi menjelaskan sikap memilih tiada kena mengena dengan penglibatannya dalam dunia fesyen apabila dilihat aktif menghasilkan baju bercorak atau tie dye. "Bukan beralih bidang, cuma itu adalah cabang seni saya buat jika ada masa lapang. “Saya minat dan sekarang sudah ada jenama sendiri," ujarnya. Pada tahap sekarang saya berlakon untuk kepuasan dan mahu meninggalkan mesej buat penonton QI RAZALI PELAKON Terbaharu Qi bakal tampil dalam filem berjudul Babah yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 5 Disember ini. Membawa peranan sebagai seorang bapa, bagi Qi ia satu cabaran besar kerana tidak mempunyai pengalaman peribadi. "Saya jadikan arwah bapa sebagai idola untuk watak kali ini sebab saya belum memiliki cahaya mata. Barisan pelakon Babah. “Saya hanya boleh cuba membayangkan bagaimana seorang lelaki itu mendahulukan anaknya dalam banyak perkara. "Apabila terima watak ini tanggapan pertama adalah saya sudah tua tetapi bila masuk dunia lakonan watak sebegini yang saya diidamkan," jelasnya. Selain Qi filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Sweet Qismina, Cristina Suzzane dan Adam Lee. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!