KESUNGGUHAN pelakon Razman Mahayuddin menunaikan hasrat isterinya yang mahu menikmati manisan strawberi matcha di sebuah bakeri di Cameron Highlands, Pahang menyentuh hati netizen. Mana tidaknya, Razman atau Masrazman Md Mahayuddin, 29, berkata, walaupun bakeri itu sudah ditutup namun dia tidak berputus asa malah bertindak menghantar pesanan mesej kepada pemilik kedai menerusi Instagram. Kata Razman usaha itu bagaimanapun tidak sia-sia apabila pemilik kedai memberi respon dan berjaya membeli manisan tersebut. "Saya spam sampai dia nampak mesej saya. Tak kisahlah kalau saya kena pergi rumah sekali pun, asalkan dapat. Razman menunaikan hasrat isterinya untuk menikmati strawberi matcha. "Berita baiknya pemilik kedai balas DM saya dan suruh tunggu lima minit depan kedai," katanya. Razman berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Dalam pada itu, Razman memberitahu dia sanggup bergerak dari Ipoh, Perak pada lewat petang demi menggembirakan hati isteri. Malangnya pasangan itu tiba lewat 15 minit selepas kedai tersebut ditutup. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai penerbit mahu ambil berlakon tapi stesen TV tolak, Razman Mahayuddin hilang sabar - “Alasan sebab saya tiada pengikut di IG” ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob rimas lelaki bergelar suami sibuk ‘ceramah’ golongan duda, nasihat jaga isteri masing-masing "Hari ini hari lahir isteri saya, dia minta saya bawa berjalan dan kami pergi ke Cameron Highland sebab dia nak makan strawberi matcha. "Saya pecut dari Ipoh, jalan sesak. Kedai tutup pukul 7 malam tapi saya sampai pukul 7.15 malam. "Isteri saya sedih, dia cakap minta strawberi saja pun. Saya rasa macam gagal tak dapat tunaikan permintaan dia," ujarnya. Selepas selesai membuat pembelian, Razman serta isteri duduk dibangku sambil menikmati manisan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai kerana sudi menunaikan permintaan mereka. Usaha yang ditunjukkan Razman mendapat pujian ramai. Pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu ini juga turut menyanyikan lagu selamat ulang tahun kelahiran buat isterinya iaitu Ain Shahirah dan menasihati golongan suami untuk menghargai isteri mereka. "Terima kasih abang, abang menunaikan impian hari lahir isteri saya. Abanglah penyelamat saya. "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan isteri saya. Allah selamatkan kamu. "Jadilah suami yang mampu tunaikan permintaan isteri anda," katanya. Rata-rata netizen terharu melihat usaha ditunjukkan Razman dan memuji tindakan yang dilakukan aktor berkenaan dalam menyantuni permintaan si isteri. Razman dan Ain bernikah pada 12 Oktober lalu. "Beruntungnya kamu (Ain) dapat lelaki yang bersungguh-sungguh membahagiakan kamu. "Tak fasal-fasal aku ternangis tengok usaha dia (Razman). "Terima kasih sebab beritahu satu dunia ada lagi lelaki yang penuh dengan usaha," tulis netizen. Untuk rekod, Razman dan Ain bernikah pada 12 Oktober lalu di Mroof Hotel & Residence, Ipoh, Perak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!