suria

Fatin Afeefa hantar anak lelaki masuk sekolah tahfiz, gagal tahan air mata dengar Adam baca lafaz janji hafaz al-Quran dalam tempoh setahun

Fatin dan Opai tidak dapat menahan sebak saat melihat Adam membaca lafaz janji.

IMPIAN pelakon Fatin Afeefa melihat anak sulungnya bergelar penghafaz al-Quran bakal terlaksana selepas menghantar Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.

Menerusi perkongsian dimuat naik pusat tahfiz berkenaan, Fatin bersama suaminya iaitu Aliff Awang dilihat berdiri memerhatikan Adam yang sedang membaca lafaz janji.

Dalam lafaz tersebut, kanak-kanak itu berjanji untuk berkerja keras sehingga berjaya menjadi seorang hafiz al-Quran dalam tempoh setahun.

Copy of Untitled - 2024-11-05T115022.509

Momen tersebut dikongsi pusat tahfiz berkenaan di TikTok.

Tidak dapat menahan sebak, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, dilihat berlinangan air mata saat melihat anaknya membaca lafaz janji berkenaan.

"Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.

"Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak," tulis pusat tahfiz berkenaan di bahagian kapsyen hantaran di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu orang luar ‘judge’ cara besarkan anak, ada sebab Fatin Afeefa sorok kelahiran cahaya mata ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa tak bagi anak jadi artis, kena belajar dan hafal al-Quran

Berserta kapsyen, pusat tahfiz itu berkongsi momen meruntun jiwa berkenaan menerusi hantaran video di TikTok.

Sementara itu, rata-rata netizen turut sama meluahkan rasa terharu dan kagum melihat kesungguhan Fatin dan Aliff menyediakan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.

Tak kurang juga, ramai mendoakan agar perjalanan Adam bergelar seorang penghafaz al-Quran suatu hari nanti dipermudahkan.

Untuk rekod, Adam merupakan anak daripada hasil perkahwinan pertama Fatin.

2952747

Netizen puji kesungguhan Fatin dan Opai memberikan pendidikan kepada anak-anak.

Fatin juga pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9 tahun.

Fatin kini mendirikan rumah tangga dengan Aliff atau lebih mesra disapa Opai pada Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Jibril yang kini berusia tujuh bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain