TUJUH tahun bertahan dalam perkahwinan, pelakon Nur Fazura memberitahu dia tidak menyesal hubungan bersama Fattah Amin berakhir dengan penceraian. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin dalam masa sama dirinya kini kembali bangkit selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu. "Saya berkahwin tujuh tahun dan baru sahaja bercerai sebulan lalu. Tiada penyesalan. Fazura mempromosikan lagu baharu di Indonesia. "Saya banggga kerana kembali pulih dan telah memberikan sepenuhnya dalam perkahwinan," ujarnya. Fazura berkongsi perkara itu ketika tampil menjadi tetamu dalam program bual bicara Sea Today di Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan lagu baharunya berjudul Bertahan Demi Cinta. Dia mengulas perkara tersebut selepas pengacara berkenaan bertanya tentang inspirasi lagu itu yang juga berkisarkan tentang rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Studio tegaskan pelancaran ‘Bertahan Demi Cinta’ sudah dirancang awal, penafian Iman Tang pendapat peribadi ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu "Lagu ini tentang seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Dalam perkahwinan banyak halangan dan perlu bertahan demi cinta dan sebab itu tajuk lagu ini 'Bertahan Demi Cinta'," ujarnya. Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia iaitu Hits Records. Fattah dan Fazura bercerai talak satu. Ia juga merupakan lagu duet Fazura bersama Fattah dan ia menjalani rakaman sekitar Februari lalu ketika mereka masih bergelar suami isteri. Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya nyanyian di Indonesia, Fazura memberi bayangan dia bakal mengeluarkan lagu baharu kolaborasi bersama komposer terkenal Ade Govinda. "Ade ada hubungi saya dan mahu terbitkan lagu bersama. Saya sangat teruja," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!