PELAKON Shakilla Khoriri hilang sabar apabila seorang individu cuba menghalangnya mengisi minyak di sebuah stesen minyak selepas menyangka nombor plat kenderaannya dari Singapura. Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, individu tersebut yang memandu kereta jenis Toyota Vellfire meminta pekerja stesen minyak dipercayai warganegara Bangladesh tidak membenarkan dia mengisi petrol. "Dia pandang aku dari jauh dan sebelum dia pergi, dia panggil staf (Bangladesh) beritahu jangan benarkan aku isi minyak sebab aku orang Singapura. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Staf itu pun datang cakap, "kakak! Tak boleh isi minyak sini sebab abang kereta Vellfire putih tadi kata kakak bukan orang Malaysia"," katanya. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada pagi Selasa. Terkejut dengan tuduhan itu, Shakilla menegaskan nombor plat berawalan 'SK' bukan dari Singapura sebaliknya dari Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak. ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri terbuka selesaikan isu penjagaan anak, perebutan tak janji kebahagiaan untuk Ameena ARTIKEL BERKAITAN: Selesai bincang luar mahkamah, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri capai kata sepakat isu penjagaan anak "Tak fasal pagi-pagi nampak bodoh. Ke tak pernah pergi Sabah, Sarawak? Plat 'SK' ini Singapura ke?," ujarnya. Sementara itu, Shakilla mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat andaian tanpa mengetahui hal sebenar. Menurutnya, tindakan seperti itu bukan sahaja tidak wajar tetapi menunjukkan sikap kurang bijak sebelum mencari kesalahan orang lain. Shakilla menegaskan berfikir dahulu sebelum bertindak. "Mencari salah orang tapi sebenarnya diri sendiri pun tin kosong. "Kan nampak bodoh. Kereta besar otak kosong. Sebelum nak tegur orang pastikan dulu ada ilmu" katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!