PELAKON Janna Nick gagal menahan air mata apabila sering diajukan soalan berkaitan zuriat. Apa membuatkan Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, kecewa adalah komen menuduh suaminya iaitu Dini Schatzman menghadapi masalah sehingga menyebabkan dia sukar hamil. "Saya sangat terkesan dengan satu komen ini. Bila ramai bertanya saya (tentang zuriat) saya tiada masalah, cuma komen ini kurang ajar. Komen yang membuatkan Janna sedih. "Saya baca semua komen, yang mendoakan kami saya hargai tetapi janganlah sampai tergamak komen negatif seperti kami ini ada masalah," katanya. Janna dan Dinni berkongsi perkara tersebut dalam sebuh video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Menerusi hantaran berkenaan, Janna membaca komen seorang pengikut di laman sosial yang beranggapan Dini memiliki hormon wanita berlebihan. ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun kelahiran, Janna Nick betul-betul berharap dikurniakan anak ARTIKEL BERKAITAN: Sudah cuba pelbagai cara, Janna Nick sampai tertekan belum mengandung Dalam linangan air mata, Janna memberitahu dia sudah cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan selain kaedah IVF. "Kami dah buat macam-macam dan berusaha keras untuk dapatkan anak. Saya bertanya kepada Tuhan bila nak kurniakan anak. Bila orang tanya saya tak tahu apa nak jawab. "Bulan Oktober cukup setahun saya lakukan IVF tetapi gagal. Dini dah buat ujian sperma dan kami okey sahaja. Saya cuba ubah gaya hidup, kurangkan tawaran berlakon yang mengambil masa lama. Janna dan Dini tidak pernah berhenti berusaha memiliki zuriat. "Orang beri petua minta wanita hamil pijak kaki dan saya dah minta Nabila Razali pijak kaki saya. Semua itu sebab saya terdesak mahukan anak. Bulan lepas saya cuba lagi tetapi pagi ini saya datang haid," luahnya. Dini yang berada di sisi Janna juga turut menasihati orang ramai agar tidak memberi komen keterlaluan sehingga boleh mengganggu emosi isterinya itu. "Anda semua juga mahukan kami ada anak. Kalau nak komen keterlaluan lebih baik simpan sahaja," ujarnya. Untuk rekod Janna dan Dini mendirikan rumah tangga 10 Jun tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!