suria

Rendah diri betul Alyah... Sanggup tolong pemilik kedai ambil pesanan pelanggan, siap cuci pinggan!

Alyah (kiri) tidak keberatan untuk membantu pemilik kedai makan di Melaka.

TANPA memikirkan soal status diri, penyanyi Datin Alyah tidak kekok menghulurkan bantuan kepada peniaga jalanan yang tidak mempunyai pekerja mencukupi.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata, sewaktu bercuti di kampung halaman arwah bapanya di Melaka, dia singgah untuk menikmati makan malam namun kesemua gerai dipenuhi pelanggan.

Penyanyi berkenaan kemudiannya terjumpa sebuah kedai yang terletak di Masjid Tanah dan dengan senang hati dia menghulurkan bantuan menjadi pembantu gerai makan.

Alyah dilihat tidak kekok melakukan kerja-kerja di dapur.

Alyah dilihat tidak kekok melakukan kerja-kerja di dapur.

"Cuti-cuti ini kita ke Melaka kampung arwah ayah saya. Kedai makan yang kami nak pergi semua penuh. Terjumpa kedai yang sunyi ini, sekali dia tak ada pekerja.

"Disebabkan masing-masing sudah lapar, mari kita tolong akak dan abang (peniaga) dekat kedai makan area Masjid Tanah ni. Siapa tahu kedai ni?," katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, Alyah turut memaparkan video dia sedang mengambil pesanan makanan dan membantu mencuci pinggan di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alyah kongsi cerita pemilihan nama anak angkat, dapat ilham dari sebuah restoran di R&R Ayer Keroh

ARTIKEL BERKAITAN: Terserlah sisi penyayang seorang bapa, Alyah tunjuk video Ramli MS berbual dengan anak

Penyanyi lagu Kisah Hati itu tidak langsung kekok membuat kerja-kerja di dapur, malah penampilannya pada ketika itu juga ringkas dan sederhana.

Rata-rata netizen memuji tindakan penyanyi berkenaan dan menyifatkan Alyah seorang merendah diri kerana sudi menghulurkan bantuan menjadi pekerja di kedai makan.

"Alhamdulillah, walaupun artis yang dikenali ramai tetap tak kekok masuk dapur.

"Alhamdulillah artis yang patut dicontohim bukan pangkat yang kita pandang tetapi budi bahasa. Terima kasih tunjuk contoh yang baik," tulis netizen.

Sikap rendah Alyah dipuji netizen.

Sikap rendah Alyah dipuji netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang meninggalkan komen memberitahu sudah tentu pemilik kedai makan tersebut gembira kerana dibantu oleh artis terkenal.

Namun kongsi Alyah, pemilik kedai itu tidak mengenalinya dan dia lebih selesa begitu.

"Pekedai itu tidak tahu pun saya siapa. Siap suruh tolong tuang sambal kicap tapi sangat seronok dalam waktu sama kasihan dia tak cukup pekerja.

"Tak perlu tahu pun dan saya suka macam tu (tanpa dikenali identiti)," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain