suria

Aprena Manrose faham perasaan Janna Nick, 8 tahun tahan telinga ditanya fasal anak

Aprena faham perasaan Janna apabila sering ditanya soal zuriat.

SELEPAS pelakon Janna Nick berkongsi kesedihan sering diajukan soalan berkaitan zuriat, aktres Aprena Manrose turut meluahkan perkara sama.

Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, berkata, dia benci dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak tahu menjaga adab apabila sering bertanya soalan berkenaan.

Malah aktres itu faham kesakitan yang dirasai Janna dan perasaan itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.

size NP 1 - 2024-11-05T151503.092

Aprena faham perasaan Janna.

"Saya benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda.

"Saya faham bagaimana Janna rasa sebab saya sendiri lapan tahun tahan dengan mulut orang.

"Sakitnya hati itu hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.

Aprena meluahkan rasa geram itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick menangis suami dituduh bermasalah, sudah usaha hamil sampai minta Nabila Razali ‘pijak’ kaki

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mungkin Allah nak beri di akhirat nanti” - Aprena Manrose reda dan pasrah soal zuriat

Dalam pada itu, kata Aprena, dia dan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman sudah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun masih belum diberikan rezeki.

Tambah Aprena lagi, kurniaan zuriat itu merupakan kerja Allah dan tiada siapa mampu menentang-Nya.

"Ingat saya dan suami tak nak anak ke? Ingat kami tak usaha ke?

"Itu semua kerja Tuhan. Tolong jangan tanya dah.

size NP 1 - 2024-11-05T151547.028

Aprena dan suami dah lali ditanya tentang zuriat.

"Saya baran dengan perkara macam ini," jelasnya.

Pada pagi Selasa, Janna berkongsi video dirinya menangis apabila suaminya yang juga pelakon Dini Schatzmann dituduh bermasalah menjadi faktor pasangan ini masih gagal menimang cahaya mata.

Untuk rekod, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain