suria

Nyanyian ‘live’ Fazura kena kecam, Abby Abadi pula kata okay!

Nyanyian Fazura untuk promosi lagu Bertahan Demi Cinta secara siaran langsung menerima kritikan netizen.

PENAMPILAN sulung pelakon Nur Fazura yang tampil buat pertama kali selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun percubaan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara solo membuatkan ramai memberi komen berbentuk nasihat agar aktres itu kembali memikirkan tentang kariernya dalam bidang nyanyian.

size NP 1 - 2024-11-05T173650.938

Bertahan Demi Cinta nyanyian duet Fazura dan Fattah.

Mereka berpendapat nyanyiannya seperti ada tidak kena selain merasakan Fazura gagal memberi 'rasa' terhadap lagu tersebut yang seterusnya boleh menyebabkan karya itu gagal mempunyai daya tarikan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meminta Fazura untuk mengambil kelas vokal sebelum tampil menyanyi secara siaran langsung.

"Saya tak nak tipu diri sendiri, lagu ni sedap tapi suara Fazura tak sedap. Jangan malukan diri sendiri dan kalau nak sangat menyanyi boleh cuba cari guru vokal.

"Kenapa Fazura malukan diri sendiri dengan menyanyi? Patut ambil kelas vokal dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Studio tegaskan pelancaran ‘Bertahan Demi Cinta’ sudah dirancang awal, penafian Iman Tang pendapat peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura buat kemunculan pertama sejak ‘7 Oktober’ di Indonesia, kongsi perasaan selepas bercerai - “Tiada penyesalan”

"Lagu sedap dah, tapi suara Fazura macam menyanyi karaoke di rumah, maaf terjujur," tulis netizen di ruangan komen.

Difahamkan Fazura merakamkan single tersebut bersama Fattah sekitar Februari lalu ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Sementara itu, pelakon Abby Abadi yang juga bekas anggota kumpulan Elite pula berpendapat nyanyian Fazura tiada masalah kerana bukan mudah untuk menyanyi lagu duet secara solo.

"Okay dan comel sahaja Fazura nyanyi. Lagu duet jadi bukan senang nak dinyanyikan secara seorang diri.

size NP 1 - 2024-11-05T173622.744

Abby rasa nyanyian Fazura okay dan tiada masalah.

"Lagi pula guna minus one kosong, kira okay dah. Bukan pergi bertanding pun," katanya menerusi Instastory.

Dalam pada itu, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, sempat memberi respons kepada netizen yang mengkritik nyanyian Fazura.

"Banyaknya yang mencaci maki Fazura... Dia ke sana dipanggil kerja dan sudah tentu ada bayaran.

"Silap-silap dibayar dengan USD. Mereka yang maki-maki ini dapat apa?

553 (30)

Fazura buat kemunculan pertama selepas bercerai 7 Oktober lalu.

"Bila dah tak suka tu, semua serba tak kena, banyakkan istighfar," ujarnya.

Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila dilancarkan selepas Fazura dan Fattah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Selain mempromosikan single baharu di Indonesia, Fazura turut berkongsi perasaan dia tidak menyesal hubungannya dengan Fattah berakhir dengan penceraian.

Untuk rekod Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain