suria

Shamsul Ghau Ghau manfaat kelebihan media sosial, tak malu belajar dengan anak-anak 

Shamsul memanfaatkan media sosial untuk mendekati peminat.

MENYEDARI kepentingan media sosial, pelakon Shamsul Ghau Ghau kini semakin aktif menggunakan platform berkenaan untuk kekal relevan.

Shamsul atau Shamsul Azahar Aliddin, 55, berkata dia terpaksa memanfaatkan medium tersebut suapaya lebih mudah mendekati peminat sesuai dengan peredaran zaman.

"Media sosial ini mendekatkan kita dengan peminat. Saya berlajar sesuatu yang dipanggil 'engagement'.

Copy of Untitled - 2024-11-05T161739.546

Shamsul belajar mengunakan media sosial dengan anak-anak.

"Zaman dulu selebriti akan rapat dengan wartawan untuk promosikan karya atau lagu mereka. Zaman sekarang sudah lain.

"Kalau kita tiada dalam media sosial atau tak belajar gunakannya pasti kita akan ketinggalan," katanya kepada mStar.

Shamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 Oktober lalu.

Enggan dikenali sebagai manusia buta teknologi, Shamsul memberitahu dia sanggup belajar menggunakan media sosial dengan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tindakan Fattah Amin tutup mulut bijak, Shamsul Ghau Ghau minta kaum lelaki ambil pengajaran

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Dave aktif buat ‘content‘ di media sosial pada usia 78 tahun, rasa tak adil orang lain dapat untuk guna karyanya

"Dahulu orang tak pergi sekolah, kita panggil mereka buta huruf. Sekarang tak pandai media sosial kita panggil pula buta IT.

"Nak mati dalam buta IT? Sebab itu kena belajar, saya pun belajar dengan anak-anak saja," ujarnya.

Sementara itu, Shamsul sempat menitipkan pesan buat artis veteran agar cekalkan hati sekiranya mahu aktif menggunakan media sosial.

Baginya, platfrom tersebut disifatkan menakutkan kerana perlu berdepan kata-kata hentaman dari netizen sehingga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

Copy of Untitled - 2024-11-05T161838.755

Shamsul menyifatkan kata-kata hentaman netizen sebagai menakutkan.

Kalau nak masuk dalam era sekrang, kena tahan. Kalau teringin nak dikecam silalah komen isu terkini seperti cerai-berai tapi kalau cepat koyak, jangan cuba.

"Mujur saya jenis tak cepat terganggu tapi kalau orang jenis cepat terasa hati akan cepat terasa," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shamsul membintangi drama bersiri original Tonton berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland yang sudah ditayangkan pada 16 September lalu.

Selain Shamsul, drama tersebut turut dibintangi oleh Keith Foo, Riena Diana Emelda Rosemila, Nabil Aqil dan Kodi Rasheed.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain