GELAGAT bersahaja pelawak Bell Ngasri dan pelakon Fattah Amin mempromosikan sebuah produk menerusi siaran langung (live) di TikTok mencuri perhatian ramai. Menerusi klip video yang tular, Bell, 44, dilihat bergurau dengan menyuruh Fattah menyanyi bagi memenuhi permintaan penonton live tersebut. Dalam gurauan berkenaan, Bell sempat menasihati Fattah, 34, untuk menyanyi tanpa menggunakan mikrofon kerana bimbang dikecam netizen sekiranya nyanyian tidak merdu. Telatah bersahaja Bell dan Fattah ketika sesi live di TikTok mencuri perhatian. "Ramai suruh kau (Fattah) nyanyi ini, Nyanyi terus saja, jangan pakai mikrofon. Kalau pakai, tetapi nyanyi teruk pun tak guna. "Kalau tak pakai mikrofon, tak sedap orang tak marah. Insya-Allah orang akan terima," katanya ketika siaran langsung pada Selasa. Meskipun tidak memetik nama sesiapa namun ada netizen beranggapan gurauan Bell itu seolah-olah menyindir bekas isteri Fattah iaitu Nur Fazura. ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘live’ Fazura kena kecam, Abby Abadi pula kata okay! ARTIKEL BERKAITAN: Fazura buat kemunculan pertama sejak ‘7 Oktober’ di Indonesia, kongsi perasaan selepas bercerai - “Tiada penyesalan” Mana tidaknya, Fazura sebelum ini teruk dikecam susulan tampil menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara di Indonesia. Bagaimanapun, gurauan berkenaan tidak disambut baik segelintir netizen malah ada yang menyifatkan tindakan Bell sebagai keterlaluan. "Jangan perli, Fazura masih ibu kepada anak dia. Nasib Fattah tak melayan sangat," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!