USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia menolak tawaran berlakon dalam sebuah filem kerana enggan memegang watak ketua sindiket pelacuran. Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, faktor utama dia terpaksa menolak tawaran sebagai bapa ayam itu kerana takut dimarahi oleh isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida. "Saya ada berlakon drama dua dan ada satu lagi tawaran filem tapi dia nak beri saya bawa watak bapa pelacur. Aliff seronok berlakon dalam dua drama terbaharu. "Bukan tak nak bawa watak itu tapi takut isteri saya marah, jadi saya tolak tawaran tu," katanya kepada mStar. Berkongsi pengalaman indah bergelar pelakon, Aliff berkata dia seronok berada di set penggambaran kerana menerima layanan yang baik daripada produksi. "Jujurnya saya berlakon ini dengan bayaran diterima saya rasa seronok. "Bila berlakon itu saya tak rasa macam sedang bekerja sebaliknya macam hobi. ARTIKEL BERKAITAN: RM15,000 harga undang Aliff Syukri menyanyi, tolak tawaran konsert sebab bayaran rendah - “Ingat saya artis funfair?” ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setia betul Aliff Syukri... Enggan kahwin lain kalau ditakdirkan isteri ‘pergi’ dahulu "Layanan mereka beri pun baik dan bagus," ujarnya. Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk menerbitkan filem atau drama sendiri, Aliff berkata dirinya belum bersedia untuk mencuba bidang berkenaan. Ini kerana dia belum mengetahui selok belok industri dan bimbang sekiranya menjadi mangsa penipuan. "Sebenarnya ramai ajak saya untuk jadi rakan kongsi buat filem atau drama. Watak Badang sangat sinonim dengan Aliff. "Tapi saya tak suka buat benda yang saya tak tahu. "Takut kena tipu sebab dah banyak kali saya terkena," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Aliff sudah selesai jalani dua penggambaran drama yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. Untuk info, sebelum ini Aliff pernah berlakon dalam filem Badang dan telefilem Ooops Terlajak Nikah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!