suria

[V] Hafiz Suip mahu terus menetap di Kuching, jaga ibu sedang sakit

PENYANYI Hafiz Suip memberitahu dia kini sudah menetap di Kuching, Sarawak kerana mahu menjaga kedua ibu bapanya.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, berkata ibunya iaitu Halizawati Salleh, 60, kini berdepan masalah kesihatan dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching.

"Saya kini sudah menetap di Kuching. Kenapa saya tinggal di sana adalah kerana untuk menjaga ibu bapa saya.

Hafiz mahu menjaga ibu (kiri) yang sedang mengalami masalah kesihatan.

Hafiz mahu menjaga ibu (kiri) yang sedang mengalami masalah kesihatan.

"Kalau ikutkan sekarang ini ibu saya sedang berada di wad hospital kerana mengalami masalah paru-paru berair yang memberi kesan pada jantung.

"Apa yang boleh saya katakan tentang kondisi ibu saya, info daripada doktor memberitahu tiga daripada empat injap jantung dia sudah kurang berfungsi... Tambah pula sekarang ini ibu pun ada kencing manis, jadi itulah yang membuatkan saya menetap di Kuching," katanya kepada mStar.

Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) yang diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada malam Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat minta kembali aktif sebagai penyanyi, Hafiz Suip kata dia sudah tak relevan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafiz Suip penat jadi artis hipokrit, geram komen melampau netizen tuduh ambil barang terlarang

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu pada mulanya dia agak berat hati untuk berangkat ke Kuala Lumpur bagi menjayakan malam SFMM39, namun ibunya sendiri memberikan dorongan untuk dia tidak menghampakan peminat.

Kata Hafiz, sokongan yang diterima daripada ibunya itu menjadi penguat untuk dia terus beraksi mempersembahkan nyanyian lagu Terus Bersinar ciptaan mass Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Ab Rahman.

"Kalau diikutkan berat rasa nak terbang ke Kuala Lumpur tapi saya ingat lagi mak saya suruh lakukan juga persembahan pada malam ini (Khamis) untuk tidak kecewakan peminat.

Hafiz berentap pada malam SFMM39.

Hafiz berentap pada malam SFMM39 menerusi lagu Terus Bersinar.

"Ibu saya doakan yang terbaik untuk penglibatan saya dalam SFMM39 ini. Jadi ibu saya juga yang beri dorongan untuk saya meneruskan persembahan pada malam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz memohon orang ramai agar mendoakan kedua ibu bapanya terus dikurniakan kesihatan yang baik.

"Saya harapkan juga doa daripada kawan-kawan agar ibu bapa saya sihat insya-Allah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain