PERNAH dipandang rendah kerana kekurangan diri, penyanyi Zubir Khan akhirnya membuktikan dia berjaya beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) yang berlangsung pada malam Khamis. Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, berkata, sebelum ini dia banyak menerima kata-kata hinaan dan kutukan oleh masyarakat kerana kekurangan fizikalnya itu. "Sebelum saya dikenali sebagai Zubir Khan, ramai yang berkata kekurangan yang saya miliki ini tidak akan membawa saya kemana-mana (kejayaan). Impian Zubir untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik akhirnya tercapai. "Ibu, keluarga dan rakan-rakan menjadi tulang belakang saya dan sentiasa memberikan semangat serta sokongan. "Mereka selalu cakap saya sudah buat yang terbaik dan ia menjadi pemangkin semangat kerana saya juga pernah berfikir yang saya tidak akan dapat peroleh kejayaan seperti ini," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Zubir memberitahu dia banyak meluahkan rasa sedih dengan ibunya kerana tidak diberi peluang untuk membuktikan kebolehan diri. ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagu berbahasa Tamil Zubir Khan mara ke SFMM39, hanya 10 karya berentap di AJL tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Zubir Khan terima Anugerah Muhibah, mahu terus beri inspirasi hayati semangat berbilang kaum Namun kesedihan itu terubat apabila dia melihat kejayaan beberapa lagu-lagu nyanyiannya. "Saya selalu menangis dekat ibu dan keluarga. Tanya kepada mereka apa yang perlu saya buat. Nak minta bekerja pun tak dapat kerana mereka hanya lihat kekurangan saya. "Bila Allah beri jalan untuk saya buat lagu, disebabkan itu saya rasa sedih dan terharu," ujarnya. Saya pernah teringin untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik. ZUBIR KHAN PENYANYI Di pentas SFMM39, Zubir mempertaruhkan dua lagu iaitu duet bersama Ezra Kairo, Oh My Kadhale dan lagu solo berjudul Yennode Macha. Semasa persembahan kedua itu, Zubir dilihat bersujud di atas pentas kerana bersyukur hasratnya untuk beraksi di acara berprestij itu akhirnya termakbul. "Tindakan bersujud selepas membuat persembahan juga dilakukan kerana saya menghargai peluang yang diberikan ini. "Satu ketika dahulu, saya pernah teringin untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik. Saya bercakap dengan diri sendiri inilah pentas yang perlu saya buat persembahan dan bukannya hanya show biasa. Zubir mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan rakan-rakan. "Akhirnya impian saya menjadi kenyataan kerana dapat beraksi di acara muzik berprestij ini," katanya. Untuk info, SFMM39 disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton pada 14 dan 15 November. SFMM39 edisi kalini mempertandingkan sebanyak 30 buah lagu dan bakal mencipta kelainan apabila hanya 10 buah lagu terbaik akan terplilih untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 39 tahun depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!