TIGA dekad bergelar pelakon, Rita Rudaini memberitahu dirinya tidak pernah dibuli di set penggambaran seperti yang didakwa sesetengah bakat baharu. Sebaliknya Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berpendapat tindakan mencampak skrip atau ditengking tidak boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli. Jelasnya, tindakan tersebut berkemungkinan disebabkan sikap pelakon yang tidak memberi fokus. Rita berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya. "Selama tiga dekad saya menjadi pelakon, tidak pernah lagi ada kejadian buli. "Skrip kena campak atau kena tengking itu bukan buli. Mungkin banyak bermain telefon bimbit atau tidak menghafal skrip," tulisnya. Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instastory miliknya pada petang Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir 30 tahun bergelar pelakon, Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36... Kemenangan rezeki anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Insurans anak sudah luput 13 tahun, ada sebab Rita Rudaini gagal beli polisi baharu... Bayar sendiri rawatan Rayyan patah tangan Dalam pada itu, Rita menyifatkan pembulian melibatkan sentuhan fizikal seperti pukul atau ditekap seterika. Malah dia juga beranggapan pelakon baharu perlu bersikap profesional dan tidak terlalu manja semasa berkarya. "Kalau skrip dicampak itu bukan buli. Ditekap seterika atau dipukul baru boleh dilabel sebagai buli. Manja sungguh!" ujarnya. Sebelum ini, media melaporkan segelintir pelakon baharu mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli di set penggambaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!