suria

Saingan vokal Aina Abdul, Marsha, Ernie dan Nadeera… Ini 10 lagu layak ke AJL39

Aina dan Hafiz antara saingan sengit dalam AJL39.

SEPULUH lagu terbaik berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada awal tahun depan.

Lebih menarik apabila AJL39 dikatakan bakal menyaksikan persaingan sengit bagi kategori vokal terbaik apabila Aina Abdul dengan lagu Puas Sudah, Hafiz Suip (Terus Bersinar) berjaya ke peringkat seterusnya.

Selain itu, Hening Rindu nyanyian Marsha Milan, Ernie (Aura), Nadeera (Bukan Lagi Kita) dan Hael Husaini (Diam) juga tersenarai.

Ernie dan Marsha antara yang berebut vokal terbaik AJL39.

Ernie dan Marsha antara yang berebut vokal terbaik AJL39.

Turut sama ke AJL39 ialah Amir Masdi (Sengaja), Akim And The Majistret (Saksama), Masdo dan Aishah Aziz (Pujaanku) selain Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju (Risiko).

Senarai kesemua lagu ke AJL39 itu diumumkan semasa hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39).

Untuk info, 30 lagu yang bertanding bagi Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM39)diketuai oleh Edry Abdul Halim, Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa Misha Omar tiada di SFMM39, Vanessa Reynauld nyanyikan lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagu berbahasa Tamil Zubir Khan mara ke SFMM39, hanya 10 karya berentap di AJL tahun depan

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, SFMM39 bersiaran secara langsung selama dua hari iaitu pada Khamis dan Jumaat di TV3 dan Tonton.

Untuk rekod, AJL tahun lalu dimenangi oleh Amir Jahari dengan lagu Hasrat, tempat kedua Aisha Retno (Sutera) dan Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu).

Vokal terbaik dimenangi oleh Aina Abdul manakala persembahan terbaik menjadi milik Aisha Retno.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain