suria

Shuib anggap kes mahkamah dugaan kecil perniagaan, kehilangan isteri tercinta itu lebih berat

Shuib tenang berdepan dengan ujian dalam perniagaan.

BERDEPAN dua kes mahkamah berhubung kegagalan membayar tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan cukai perkhidmatan, pelawak Shuib menyifatkan perkara itu sebagai sebahagian ujian dalam perniagaan.

Sudah melalui pelbagai liku dan cabaran, Shuib atau Shahmira Muhammad, 40, berkata kehilangan isteri tercinta iaitu Siti Sarah Raisuddin itu lebih berat berbanding apa dilalui kini.

"Apa yang boleh dibincangkan, saya akan berbincang dan kalau saya perlu ke mahkamah saya akan pergi dan tak akan lari.

Shuib tak akan menyerah dalam perniagaannya.

Shuib tak akan menyerah dalam perniagaannya.

"Saya dah hadap macam-macam termasuk ada perniagaan yang bagus, tetapi Allah ambil isteri saya. Itu adalah dugaan yang berat.

"Jadi apa yang saya lalui sekarang ini adalah dugaan kecil. Saya anggap ini adalah normal tapi saya bukan nak normalisasikan faedah kakitangan atau cukai tau,” katanya kepada mStar.

Shuib mengulas perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media Bocey Comeback Live in Singapore yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Meskipun perlu berdepan dugaan berat itu, namun Shuib berkata ia sama sekali tidak menjejaskan urusan perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal bayar cukai perkhidmatan dan penalti RM1.6 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat tak bayar caruman Perkeso, Shuib dan pengarah Bubblebee kena denda RM17,500

"Saya harap dugaan yang saya hadapi ini tidak akan mengganggu perancangan saya untuk maju ke depan.

"Lagipun perniagaan saya ini bukan diboikot, malah mendapat sambutan tinggi terutama di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelawak ini menyifatkan dugaan yang dilalui tahun ini bukanlah satu kegagalan sebaliknya menaikkan semangatnya untuk melangkah lebih jauh.

"Kalau nak kata saya gagal, saya masih belum menyerah kalah dan masih menggalas tanggungjawab dengan baik. Ramai kakitangan yang nak saya berjuang sehingga perkara ini pulih kembali.

Saya optimis dan menganggap apa yang berlaku ini adalah satu cabaran.

SHUIB

PELAWAK

"Allah itu Maha Kaya, kalau nak bagi, Dia bagi dan kalau nak tarik, Dia boleh tarik... cuma saya akui 2024 ini bukan tahun yang baik buat saya dan syarikat.

"Saya optimis dan menganggap apa yang berlaku ini adalah satu cabaran. Insya-Allah tahun 2025 saya akan bangkit dengan perancangan baharu,” katanya.

Pada 11 November lalu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Shuib dan Choo Guan, 33, sebelum itu mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso tahun lalu.

Shuib sedia beri kerjasama dengan pihak mahkamah.

Shuib sedia beri kerjasama dengan pihak mahkamah.

Dalam kes berlainan, Shuib dan Kho Choon Guan berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta pada tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain