suria

Adira dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan di rumah

Adira kini sedang menjalani rawatan di hospital.

PENYANYI Adira terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu selepas tiba-tiba jatuh pengsan di rumahnya.

Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia dihantar ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami demam panas selain kurang sel darah merah.

"Semalam (Rabu) lepas waktu Isyak saya tiba-tiba pengsan di rumah. Abang-abang saya yang uruskan panggil ambulans dan bawa saya ke hospital.

adira 2

Kurang rehat antara punca Adira mengalami demam panas.

"Syukur keadaan sekarang sudah stabil, cuma perlu rehat sehingga demam betul-betul sembuh," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Adira berkata kesibukan bekerja mungkin menjadi faktor dia kurang berehat sehingga kesihatan terjejas.

Insiden itu sedikit sebanyak membuatkan dia sedar bahawa perlu mendapatkan rehat secukupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira dah ‘move on’, tiada lagi sinar untuk kembali bersama Datuk Red

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sering muncul bersama dalam video live, Adira perjelas fitnah bersekedudukan dengan bekas suami

"Bukannya tak rehat sebelum ini, cuma mungkin kurang rehat. Apabila sudah berlaku begini timbullah rasa insaf dan akan lebih utamakan kesihatan.

"Walau sibuk macam mana sekalipun kena ada waktu rehat," ujarnya.

adira 3

Dalam keadaan sakit Adira tetap fikirkan kerja.

Memandangkan tahap kesihatannya kurang, Adira memberitahu dia terpaksa membatalkan beberapa undangan persembahan.

"Setakat ini persemabahn hari Ahad sahaja yang tak boleh saya batalkan, jadi saya perlu sihat sebelum Ahad.

"Syukur beberapa penganjur lain memahami keadaan saya dan terpaksa batalkan undangan persembahan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain