suria

Zahnita kena buat ujian air kencing selepas polis terima laporan

Terdapat aduan dibuat terhadap Zahnita.

PELAKON dan model Zahnita Wilson perlu melakukan ujian saringan air kencing sebelum ini susulan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan dirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang memberitahu ujian tersebut perlu bagi mengesahkan aduan dibuat terhadap Zahnita.

"Polis perlu melakukan ujian air kencing ke atasnya bagi mengesahkan aduan tersebut.

zahnita 2

Zahnita sebelum ini berkongsi prosedur ujian saringan yang perlu dia lalui.

"Dia datang ke balai untuk bantuan iringan keselamatan dan pada masa tersebut juga sudah ada laporan ke atasnya," katanya kepada media.

Wan Mohd Zahari mengulas perkara tersebut selepas sebelum ini Zahnita meluahkan rasa pelik apabila dia diminta melakukan ujian air kencing ketika hadir ke balai polis.

Ujian tersebut dibuat ketika Zahnita pergi ke balai polis bagi mendapatkan bantuan pengiring untuk dia mengambil anaknya daripada jagaan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Wilson diminta buat ujian air kencing, keputusannya negatif - “Tiada apa hendak saya sorok”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kebebasan buat saya dan anak-anak” - Zahnita dapat perintah perlindungan interim terhadap suami

Bantuan peringin itu diperlukan selepas dia berjaya mendapatkan perintah perlindungan interim (IPO) pada 9 Disember lalu.

Pihak polis juga menegaskan ujian berkenaan tiada kaitan dengan khidmat pengiring polis seperti yang didakwa.

zahnita 22

Kisah Zahnita menjadi mangsa keganasan rumah tangga kini menjadi perhatian ramai.

"Perkara ini perlu diperjelaskan. Ujian urin dibuat bukan disebabkan dia minta bantuan polis untuk mengiring bagi melaksanakan perintah interim hak penjagaan anak sebaliknya ada laporan dibuat terhadapnya berkait dadah pada hari yang sama," ujarnya.

Dalam satu temu bual bersama media pada Khamis Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkongsi perkara berkenaan dan memaklumkan keputusan tersebut negatif.

Dia juga memberitahu sedia memberi kerjasama terhadap ujian berkenaan kerana tiada apa yang perlu diselindung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain