suria

Minta ‘sponsor’ pakaian, Haneesya Hanee geram dilayan buruk… Siap nasihat tutup aurat

Haneesya luah rasa kesal terhadap layanan yang diterima.

PELAKON Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila menerima layanan buruk daripada sebuah jenama pakaian apabila dia meminta tajaan untuk drama terbaharu lakonannya.

Berkongsi perkara tersebut, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan, 24, menganggap individu yang dihubungi itu bersikap biadab kerana membalas pesanan Whatsapp dengan cara agak kasar.

"Saya tidak pernah melihat orang yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan (customer service) yang kurang ajar begini. Tahap dia macam minta penampar.

haneesya 2

Tangkap layar yang dikongsi Haneesya di Instagram.

"Saya tidak kisah jika orang kenal walau pernah menang anugerah," katanya.

Haneesya berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam hantaran tersebut dia turut berkongsi tangkap layar perbualan ibunya yang juga bertindak sebagai pengurus bersama individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tiada ‘job’ sejak menang anugerah, ibu terpaksa gadai barang kemas teruskan kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: Babak dalam kelab malam buat Haneesya Hanee trauma, bimbang netizen ungkit kisah lama

Menerusi perkongsian itu, ibu Haneesya bertanya tentang kerjasama untuk menaja pakaian dan meminta nama pihak yang sepatutnya dihubungi.

Namun jawapan yang diberikan oleh individu berkenaan sangat mengecewakan apabila permintaan tersebut ditolak dan memberitahu pihak mereka tidak memerlukan Haneesya sebagai salah satu cara pemasaran produk.

Bahkan, individu itu juga secara sinis meminta Haneesya menutup aurat selain menegaskan pihak mereka tidak mendapat sebarang keuntungan jika memberi tajaan.

haneesya 3

Haneesya akur namanya tidak dikenali.

Kata Haneesya, sekalipun pihak berkenaan enggan memberi kerjsama, namun ibunya tidak harus menerima layanan sebegitu.

"Kalau tak mahu beri, saya tak kisah. Saya okey sahaja. Tapi tak perlu kurang ajar dan boleh bercakap baik-baik.

"Saya faham tak semua jenama mampu nak beri tajaan. Saya tahu sebab saya juga ada perniagaan sendiri.

"Saya tidak mahu dedahkan siapa orang ini. Tak perlu buat dia jadi terkenal," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain