KEKECEWAAN peminat Malaysia selepas negara ini tidak tersenarai dalam lokasi konsert jelajah reunion kumpulan kpop 2NE1 akhirnya terubat. Peminat kini boleh mengukir senyuman apabila kumpulan itu mengumumkan bakal mengadakan konsert 2NE1 Asia Tour [Welcome Back] in Kuala Lumpur pada 1 Februari tahun depan. Bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, konsert tersebut dijangka menjadi acara paling dinanti-nanti peminat mereka di Malaysia. Kejayaan konsert di beberapa bandar sebelum ini membuktikan populariti 2NE1. Menampilkan keempat-empat anggota iaitu CL, Bom, Dara dan Minzy, mereka menjanjikan persembahan bertenaga serta menakjubkan setanding dengan jolokan 'Queens Of Kpop' yang diterima. Kumpulan itu akan mempersembahakan lagu-lagu popular mereka seperti I Am The Best, Falling In Love, Lonely, Come Back Home, dan Missing You. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik mendadak, YouTuber dakwa Park Bom 2NE1 derita ADD ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat Pengurusan Umum Pembubaran 2NE1 Kesemua karya pasti bakal menggamit kenangan zaman remaja mahupun kanak-kanak peminat yang menggelarkan diri mereka Blackjacks. Sebelum memutuskan untuk mengunjungi negara ini, tiket konsert kumpulan itu di Manila, Jakarta, Singapura, Bangkok dan Hong Kong dilaporkan habis terjual membuktikan populariti mereka masih kekal. Tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga serendah RM398 sehingga RM1,288 bermula 16 Disember depan menerusi laman web GoliveAsia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!