suria

Cik B seronok sudah ada kawan perempuan, semakin selesa tonjol sisi kewanitaan

Cik B sebelum ini pernah dikhianati rakan sendiri.

PENAMPILAN feminin anak usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B sejak kebelakangan ini rupanya disebabkan pengaruh rakan-rakan perempuan hasil kolaborasi menerusi lagu Raya GenZ.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata, dia kini lebih gembira dapat menunjukkan sisi wanita dalam dirinya kerana sebelum ini lebih banyak berkawan dengan lelaki. 

Kata Cik B, dia seronok dapat berkawan dengan anak usahawan Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah, penyanyi Alyssa Dezek dan Puteri Azzahra yang disifatkan lebih memahami perasaannya sebagai rakan. 

Cik B seronok berkawan dengan

Cik B seronok berkawan dengan perempuan (dari kiri: Alyssa, Qadejah dan Azzahra).

"Kolaborasi ini membuatkan saya rasa seronok kerana selalunya saya hanya berkawan dengan lelaki sahaja. 

"Sekarang ini saya dapat kawan perempuan jadi saya boleh tunjukkan sifat kewanitaan.

"Tahun ini sangat seronok bagi saya kerana dapat berjumpa kawan seperti mereka (Qadejah, Alyssa dan Ara). Mereka faham perasaan dan isi hati saya," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B belum habis belajar lagi, ambil cuti uruskan bisnes... Siap bawa PA pergi kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh

Dalam pada itu, Cik B memberitahu mereka berempat turut mempunyai grup WhatsApp bagi memudahkan untuk berkomunikasi. 

Kongsi Cik B, mereka juga saling memberi sokongan terhadap kerjaya masing-masing dan berharap agar ikatan persahabatan ini kekal selamanya. 

"Kami sekarang sudah ada grup WhatsApp. Grup itu tak pernah sunyi kami memang selalu berhubung. 

Sekarang ini saya dapat kawan perempuan jadi saya boleh tunjukkan sifat kewanitaan.

CIK B

PELAKON/PENYANYI

"Hari-hari kami tengok live di TikTok, kami saling memberi sokongan antara satu sama lain. 

"Saya harap persahabatan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila," ujarnya. 

Berkongsi pengalaman berkawan sebelum ini, Cik B mendedahkan dia pernah mempunyai rakan hanya ingin mengambil kesempatan termasuk melakukan khianat seperti mencuri barangan peribadi miliknya. 

Cik B kini dilihat lebih bergaya feminin.

Pun begitu, Cik B menganggap ia sebagai satu pengajaran dan tidak lagi mahu mengingati kisah silam yang pernah berlaku dalam hidupnya itu.

"2024 merupakan tahun saya bereksperimen. Saya jumpa kawan yang berlaku khianat, mencuri.

"Macam-macam lagi cerita yang mengejutkan tetapi saya tidak mahu bercerita sangat fasal kawan-kawan, biarlah ia berlalu,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain