suria

Video belajar puasa bukan sekadar ‘content’, Mek Yun kutip banyak ilmu walau gagal tahan diri

Mek Yun tetap pendirian mahu cuba berpuasa lagi.

KEGAGALAN pelakon dan pempengaruh Mek Yun cuba berpuasa penuh nampaknya mengundang reaksi kurang enak dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen beranggapan Mek Yun sekadar mahu menjadikan ibadah puasa sebagai content demi menarik perhatian penonton. 

Mek Yun atau Wee Mun Nee, 29, menjelaskan ia bukan sekadar content sebaliknya banyak perkara dipelajari dia walaupun gagal berpuasa sehingga waktu berbuka.

Mek Yun seronok kagum lihat rakan-rakan yang mampu berpuasa penuh.

"Saya faham kalau ada yang beranggapan begitu, tapi ini sebenarnya lebih daripada sekadar ‘content’.

"Saya cuba berpuasa kerana nak memahami sendiri pengalaman kawan-kawan yang berpuasa setiap tahun.

"Bila kita lalui sendiri, baru kita lebih menghargai apa mereka rasa ketika menahan lapar dan dahaga nikmat waktu berbuka," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah biasa bergaul sejak kecil, Mek Yun tak kekok masuk industri drama Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mek Yun pandang serius isu buli siber, harap kerajaan wujudkan undang-undang lebih tegas

Bukan itu sahaja, Mek Yun memberitahu berpuasa juga merupakan satu proses agar dia lebih menghormati agama dan bangsa lain.

"Saya percaya pengalaman macam ni boleh bantu kita jadi lebih empati dan hormat antara satu sama lain, tak kira agama dan bangsa. 

"Jadi, ini bukan soal ‘content’, tapi lebih kepada pengalaman untuk memahami dan menghargai agama lain," luahnya.

Rasa bangga sangat bila berjaya habiskan sehari.

MEK YUN

PELAKON

Berkongsi mengenai kegagalannya berpuasa penuh pada 3 Ramadan lalu, Mek Yun berkata dia tidak cukup kuat menahan diri daripada menahan rasa lapar dan dahaga.

Jelas Mek Yun, dia sebelum ini pernah berpuasa penuh dan sememangnya bangga dengan kerjayaan tersebut.

Mek Yun akui pernah berpuasa penuh sebelum ini.

"Selalunya sebab tak kuat semangat dan belum cukup kuat menahan diri. Tapi saya pernah puasa penuh sekali pada tahun lalu, rasa  bangga sangat bila berjaya habiskan sehari.

"Tahun ini tahun pertama betul-betul cuba secara penuh! Tahun lepas kira macam percubaan, tahun ini nak lebih bersungguh," katanya.

Sebelum ini, Mek Yun memuat naik video berpuasa bersama ibunya namun tinggal beberapa jam waktu berbuka dia mengaku tewas daripada meneruskan berpuasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Suami Pamela ditahan polis