SELEPAS 12 tahun menetap di kediaman jenis kondominium, pelakon Nabila Huda akhirnya berpindah ke rumah teres yang tidak jauh dari perumahan lamanya.
Nabila, 40, berkata dia tidak pernah terbayang ingin menetap di rumah teres memandangkan sudah selesa dengan kemudahan yang ada di kondominium sebelum ini.
"Masih lagi tak percaya selepas 12 tahun tinggal di kondo (kondominium) akhirnya saya berpindah ke rumah teres.
Nabila teruja berpindah ke rumah lebih besar.
"Saya tak pernah bayangkan, berangan atau ada niat untuk duduk di rumah teres pun. Mungkin sudah biasa dan selesa di kondo.
"Saya suka rumah yang kecil, tak suka besar-besar. Kondo paling ringkas dan asas," katanya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi Instagram yang turut memaparkan dia mengangkut barang untuk berpindah rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kesungguhan Nabila Huda mahu beri lakonan terbaik, sanggup cukur nipis kening demi watak
ARTIKEL BERKAITAN: Kucing kesayangan akhirnya ‘pergi’, Nabila Huda sedih menangis teresak-esak
Menurut Nabila, hatinya tergerak untuk mencari rumah teres pada tahun lalu namun tidak meletakkan harapan tinggi.
Dia bagaimanapun tidak menyangka menemui sebuah rumah yang sesuai dengan cita rasanya.
"Tiba-tiba tahun lepas rasa macam seronok juga duduk di rumah teres tapi saya nak kawasan sini juga.
"Kita tak cari sangat atau berharap tapi tiba-tiba ada rezeki pula. Rumah saya kecil saja tapi kira naik taraf dari kondo. Saya suka rumah ini kerana ia old school!" ujarnya.
Nabila berkongsi keadaan rumahnya.
Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia kini sudah menetap di rumah teres berkenaan selepas mencari masa sesuai untuk memindahkan barang dari kediaman lama.
"Selepas itu nak pindah, ini paling parah dan leceh adalah nak bungkus semua. Dengan jadual saya memang tak ada peluang nak bernafas.
"Nasib baik saya dapatkan perkhidmatan memindah barang," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube