SUSULAN kecaman diberikan terhadap Mimi Fly kerana penampilan berkemban, video muzik lagu Serumpun kali ini didapati sudah tidak boleh dicari di saluran YouTube.
Menerusi perkongsian di aplikasi Twitter, peminat meluahkan rasa sedih apabila mengetahui MV lagu berkenaan sudah tidak boleh ditonton.
"MV (muzik video) Serumpun Mimi Fly dah tak ada dekat YouTube," tulis peminat.
Peminat membuat spekulasi isu Mimi (tengah) berkemban di dalam muzik video menjadi salah satu punca.
Rata-rata netizen meninggalkan komen mendakwa muzik video lagu tersebut mungkin diletakkan dalam mod privasi susulan menerima kecaman kerana aksi berkemban yang dipaparkan oleh penyanyi berkenaan.
"Dah private mungkin sebab orang bising fasal berkemban tu kot. Mujur lagu boleh sahaja lagi stream macam biasa. Cuma take down muzik video sahaja.
"Mungkin dia private sahaja kot, nanti malam raya release semula. Bulan puasa orang kita sensitif sikit," luah netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Obses dengan karya sendiri, Mimi Fly mohon maaf berkemban dalam MV ‘Serumpun’
ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian jiwa Mimi Fly hilang, 4 tahun berdepan ‘creative block’ buat kerja semua tak jadi
Sebelum ini, MV lagu raya Serumpun menerima pelbagai reaksi netizen termasuk meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan Mimi berkemban.
Malah, isu ini turut mendapat perhatian parti politik Wanita Amanah Wilayah Persekutuan yang mengecam muzik video berkenaan yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam serta maksud sebenar Aidilfitri.
Menerusi temu bual bersama mStar, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 38, berlapang dada menerima segala komen negatif daripada netizen mengenai muzik videonya.
Kata Mimi, dia tidak berniat mencipta kontroversi melalui lagunya sebaliknya terlalu focus karya itu sehingga mengabaikan perkara lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!