suria

Tak sedar momen dirakam, Cik B segan netizen puji lancar baca surah Ad-Dhuha

Cik B sudah amalkan sejak dari kecil.

SEGAN menerima pujian netizen, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap tindakannya menghafal surah Ad-Dhuha merupakan perkara biasa yang boleh dilakukan oleh semua orang.

Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, memberitahu Ad-Dhuha merupakan salah satu surah kegemarannya dan dia sudah menghafal serta mengamalkan sejak berusia tujuh tahun.

"Saya segan sebab itu surah biasa saja, semua orang hafal.

Momen Cik B membaca surah dengan lancar.

"Saya mula amalkan sejak ia mula bermain di kepala saya dan sudah mula hafal sejak kecil," katanya kepada mStar.

Berkongsi momen dirinya mengalunkan surah Ad-Dhuha bersama seorang pelayan restoran di Turki, Cik B memberitahu dia disapa secara tiba-tiba oleh lelaki berkenaan.

Malah ketika ditanya mengenai surah yang menjadi amalan, dia segera membaca Ad-Dhuha kerana itu merupakan surah kegemarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B seronok sudah ada kawan perempuan, semakin selesa tonjol sisi kewanitaan

ARTIKEL BERKAITAN: Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh

"Ketika itu saya di restoran sedang makan tiba-tiba pakcik ini datang dan mula mengaji sambil bersembang, dia bertanya surah kegemaran saya.

"Saya cakap Ad-Dhuha, selepas itu saya baca dan dia ikut sekali. Saya pun tak perasan adik saya rakam momen itu," katanya lagi.

Menurut Cik B, surah berkenaan sangat besar maknanya kerana Allah SWT tetap menyayangi hambanya walaupun melakukan kesilapan.

Dia mula mengamalkan Ad-Dhuha selepas mendalami makna tersembunyi di sebalik surah berkenaan.

Cik B segan dipuji netizen.

"Saya suka surah ini kerana membawa makna Allah tetap sayang kita walaupun kita ini jahat. Ad-Dhuha ini juga surah yang memberi saya rezeki.

"Surah ini selalu bermain di kepala saya, bila selalu teringat saya mula amalkan," ujarnya.

Sebelum ini, tular rakaman memperlihatkan Cik B mengalunkan surah Ad-Dhuha dengan lancar tanpa perlu melihat al-Quran menjadi perhatian ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain