suria

Mimi Fly tak padam MV ‘Serumpun’, buat suntingan semula versi mesra keluarga

Mimi ambil kira pandangan pelbagai pihak.

PENYANYI Mimi Fly bakal tampil dengan visual versi baharu selepas bertindak menurunkan muzik video (MV) lagu Serumpun daripada saluran YouTube miliknya sejak Isnin lalu.

Mengambil kira semua kritikan dan kecaman diterimanya, Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 38, sedang melakukan suntingan semula dan memadam babak tidak bersesuaian.

"Apabila buat rakaman MV mestilah ada pelbagai versi. Jadi saya sunting semula dan masukkan babak bersesuaian manakala babak yang dikritik itu saya padam.

Babak berkembang dalam versi asal yang kurang disenangi.

"Saya terima baik pandangan semua orang dan kali ini saya tampil dengan versi mesra keluarga," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Mimi mengulas perkara itu selepas dia bertindak menurunkan video berkenaan yang dilancarkan pada 15 Mac lalu.

Bagaimanapun jelas Mimi, dia tidak memadam MV tersebut sebaliknya meletakkan ia dalam mode 'private' di YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Obses dengan karya sendiri, Mimi Fly mohon maaf berkemban dalam MV ‘Serumpun’

ARTIKEL BERKAITAN: MV ‘Serumpun’ sudah tiada di YouTube, netizen buat spekulasi gara-gara kecaman Mimi Fly berkemban

Dalam pada itu, Mimi memberitahu versi baharu MV tersebut akan kembali dilancarkan di YouTube miliknya pada Rabu.

Kata Mimi, biarpun berat hati namun dia akur dengan pandangan orang ramai yang kurang senang dengan imej seksi ditampilkan.

"Sebenarnya sayang nak turunkan MV Serumpun apatah lagi ramai terlibat dalam pembikinannya dan masing-masing teruja dengan hasilnya.

Lagu ini juga saya anggap sebagai 'comeback' dalam industri seni dan sebab itu saya buat bersungguh-sungguh

MIMI FLY

PENYANYI

"Atas sebab itu juga saya letakkan video itu dalam mode 'private'.

"Ramai terlibat dalam MV ini termasuk penata gaya dan pereka fesyen. Saya hormat dan hargai kerjasama mereka semua," jelasnya.

Sementara itu, Mimi melihat setiap komen diberikan sebagai peringatan kepada diri sendiri atas tidak melakukan kesilapan sama pada masa akan datang.

Versi baharu MV Serumpun siap disunting dalam masa sehari.

Di sebalik itu juga, Mimi terharu dengan sokongan peminat apabila kemunculan semulanya dalam industri seni kembali mendapat perhatian.

"Apabila berlaku perkara sebegini saya boleh lihat pemikiran orang sekeliling untuk buat lebih baik di masa akan datang.

"Lagu ini juga saya anggap sebagai 'comeback' dalam industri seni dan sebab itu saya buat bersungguh-sungguh," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain