KELIBAT pelakon dan penyanyi Bella Astillah mencuri perhatian di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada pagi Rabu.
Kehadiran Bella bagi memberikan sokongan dan mengikuti pendengaran rayuan membabitkan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi video tular di TikTok, Bella yang berbaju kurung dilihat berada di perkarangan mahkamah sambil ditemani beberapa orang individu termasuk adiknya, Didie Astillah.
Netizen terharu melihat sokongan yang diberikan oleh Bella (kiri) kepada Syed Saddiq.
Rata-rata netizen terharu melihat sokongan yang diberikan oleh pelakon berkenaan terhadap Ahli Parlimen itu.
"Terharunya sokongan Bella dan kawan-kawan. Semoga dipermudahkan segala urusan Syed Saddiq dan dibebaskan daripada hukuman.
"Semangat untuk Syed Saddiq, Bella dating beri sokongan.
ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding penentuan nasib Syed Saddiq bermula esok, mahkamah dengar hujahan rayuan selama 2 hari
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq rancang kejutan hari jadi, Bella Astillah menangis sebab gembira
"Dia (Bella) Wanita yang luar biasa buat insan hebat yang luar biasa," tulis netizen.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan pendapat menyifatkan kehadiran Bella memberikan sokongan kepada Syed Saddiq itu bukan lagi satu teknik pemasaran untuk projek baju raya mereka.
"Ini bukan lagi marketing. Ini juga bukan kebajikan. Ini adalah sekumpulan manusia berhati emas. Betapa bertuahnya mereka semua dapat bergabung," ujarnya.
Pada 9 November tahun lalu, Syed Saddiq, 33, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Saddiq menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!