SELEPAS empat bulan berumah tangga, penyanyi Ina Naim mendedahkan keputusannya ingin berkahwin lagi turut mendapat tentangan anak kedua iaitu Salman Elkhoyri.
Ina atau Nordiana Mohd Naim, 41, memberitahu Salman tidak merestui perkahwinan itu kerana berpegang kepada janji arwah bapa iaitu Suhaimi Saad sebelum ini.
“Kami bersalaman lima beranak dan saya tanya Salman tolong bagi sebab kenapa tak nak bagi saya kahwin lagi.
Pemergian Suhaimi (kanan) masih dirasai anak-anak.
“Antara sebab yang jadi tersentuh sangat bila dia cakap ‘kata nak duduk dengan ayah dekat sana (akhirat) kita kan dah janji’.
“Dia kata kita kan dah janji nak pergi syurga sama-sama. Bila saya dengar dia cakap macam itu, saya terdiam tidak menjawab,” katanya.
Ina berkongsi perkara itu temu bual bersama segmen Kerusi DJ Nazz yang dimuat naik di TikTok milik stesen radio Molek FM.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jurutera dua anak akhirnya jadi suami Ina Naim, disatukan dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari berturut-turut Ina Naim mimpi arwah Suhaimi Saad, mengalir air mata kerana rindu
Dalam pada itu, Ina memberitahu keputusan untuk berkahwin lagi semestinya sukar diterima anak-anak kerana masing-masing belum bersedia untuk menerima kehadiran bapa tiri.
“Mereka masih lagi kekal dengan ayahnya yang pertama. Memang susahlah terutama anak nombor dua.
“Sebelum nak bertunang kalau tak silap, saya cakap dengan Salman tak baik sekat ibu (kahwin lagi),” ujarnya.
Ina bernikah dengan Khairul pada November tahun lalu.
Untuk rekod, Ina mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam pada 12 Oktober 2007, namun Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina kemudiannya berkahwin buat kali kedua bersama Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada 8 November tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!