suria

Dafi rancak terokai bisnes dron, tak putus asa walau pernah ditipu... Mahu kembali aktif industri seni

Dafi mahu kembali aktif dalam nyanyian.

PENYANYI Dafi tidak serik menceburi bidang perniagaan meskipun beberapa kali menjadi mangsa penipuan.

Tidak menyalahkan individu berkenaan, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, sebaliknya menganggap perkara itu terjadi disebabkan kesilapan diri sendiri yang tidak peka terhadap risiko perniagaan berkenaan.

"Dulu saya hanya sekadar melabur dan orang lain uruskan. Tapi saya tak belajar apa-apa dan ada juga pihak tidak jujur.

Dafi tak serik untuk berniaga.

"Saya pun tidak pasti mengapa, kalau mereka guna duit sendiri, perniagaan itu menjadi tapi bila saya laburkan duit terus mereka buat sambil lewa.

"Mungkin saya yang mudah percaya, tapi saya tak salahkan orang kerana saya sendiri yang tak ambil tahu dan lepas tangan selepas melabur," katanya kepada mStar.

Dafi berkongsi perkara itu ketika ditemui Program Tautan Kasih Mstar bersama anak-anak yatim di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun Dafi tidak berputus asa mencuba perniagaan yang lain pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar bakatnya dipandang sebelah mata, ‘Hellooo’ suara hati Dafi sedekad bergelar penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi tak minat main politik, jadi mangsa netizen lepas geram… Tapi ada juga yang ‘himpit’ sebab anak PM

Malah dia kini memulakan perniagaan perkhidmatan dron bersama rakan kongsi.

"Perniagaan itu pun masih lagi diperingkat awal. Jadi saya banyak guna masa untuk kembangkan perniagaan itu bersama rakan niaga saya.

"Saya nak cuba sesuatu yang sedikit di luar kebiasaan saya selama ini. Saya rasa perniagaan ini menarik kerana tidak pernah mencubanya," jelasnya.

Dafi turut memberikan duit raya di rumah anak-anak yatim.

Dalam perkembangan lain, Dafi meluahkan hasrat ingin kembali aktif dalam dunia seni.

Katanya dia tidak mahu berhenti daripada melakukan sesuatu yang diminati.

"Saya nak mula aktif kembali seperti dulu, harapnya ada peluang untuk kembali.

"Saya cuma nak kekal ada. Saya faham turun naik sebagai artis itu biasa," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain