PELAKON Jue Aziz berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kejadian langgar lari yang berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Masih terkejut dengan insiden tersebut, Jue atau Zuliana Abdul Aziz, 41, bagaimanapun meberitahu dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah.
"Tengok ini (menunjukkan kereta yang dilanggar). Menggigil saya.
Jue menunjukkan keadaan kereta selepas kemalangan (kanan).
"Habis 10 kereta dia sondol. Alhamdulillah, tiada cedera yang teruk. Cuma terhantuk dahi," katanya.
Jue berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pada Isnin.
Dalam hantaran berkenaan dia menunjukkan keadaan kereta jenis Produa Viva yang dipandu terpaksa berhenti di tepi jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Status Jue Aziz akhirnya terjawab, sudah kembali bergelar isteri 18 Ogos lalu
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jue Aziz mahu segera hamil, bimbang kesihatan ibu kurang baik
Turut kelihatan kerosakan pada bahagian belakang kereta yang kemek selain cermin pecah.
Jue juga sempat bertegur dengan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Pelakon ini turut memaklumkan sebelum kejadian, dia terlibat dalam satu festival jualan yang berlangsung hujung minggu lalu.
Jue bersyukur tiada alami kecederaan teruk.
Dalam masa sama, Jue secara berseloroh memberitahu dia tidak malu untuk membawa kereta kecil berkenaan kerana memudahkan urusan.
"Ramai tanya ini kereta saya ke? Ya, betul. Kenapa tak boleh pakai kereta comel ini?
"Saya tak segan pun sebab jimat dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Yang penting boleh cari rezeki," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!