SELESAI mengerjakan ibadah umrah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberitahu air matanya sekali lagi mengalir ketika berada di hadapan Kaabah.
Berbeza seperti tahun sebelumnya, kali ini Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia menangis sebagai tanda syukur atas segala rezeki yang dikurniakan.
"Tahun lepas saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
Bella mengharap segala kebaikan buatnya di masa akan datang.
"Kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang," katanya.
Bella menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Selasa.
Dia berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Ahad bersama adiknya iaitu Didi Astillah.
ARTIKEL BERKAITAN: Manis berbaju kurung, Bella Astillah datang beri sokongan kepada Syed Saddiq curi tumpuan
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq rancang kejutan hari jadi, Bella Astillah menangis sebab gembira
Dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi nasihat kepada pengikut di media sosial agar sentiasa reda menerima ujian dan dugaan dalam kehidupan.
"Kepada yang sedang bersedih, mula untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir.
"Takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan, perasaan, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia. Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses healing, tapi disitulah letaknya kekuatan," ujarnya.
Bella berangkat ke Tanah Suci bersama Didi.
Dalam masa sama, dia juga sempat menitipkan ucapan berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan ketika dia berdepan pelbagai cabaran.
Malah, dia berdoa semoga agar apa yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
"Semoga apa yang saya doa kali ini juga termakbul," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!