suria

Beri peluang kembangkan bakat, Ahirine Ahirudin jawab dakwaan filem lakonannya tak laku!

Ahirinie terbuka menerima kritikan penonton terhadap filem lakonannya.

DIDAKWA menerima tawaran filem tanpa memikirkan kualiti sehingga menjejaskan hasil kutipan panggung, pelakon Ahirine Ahirudin berkata perkara itu di luar kawalannya kerana ia merupakan pilihan penonton.

Ahirine, 29, bagaimanapun memberitahu peluang berlakon dalam filem sebelum ini memberikan pendedahan kepadanya untuk terus melebarkan sayap dalam industri lakonan. 

“Bagi saya sama ada penonton suka atau tidak ia adalah subjektif. Saya tengok skrip sebelum menerima sebarang tawaran berlakon. 

Ahirinie tidak menerima tawaran berlakon secara sembarangan.

Ahirinie tidak menerima tawaran berlakon secara sembarangan.

“Tawaran yang saya terima juga untuk mendedahkan diri dalam dunia seni. Macam mana kita nak perbaiki diri kalau kita tidak mencuba,” katanya kepada mStar

Ahirine berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, Ahirine berkata meskipun filem lakonannya kurang mendapat sambutan penonton sebelum ini, namun dia tidak pernah berputus asa dan terbuka menerima kritikan penonton. 

ARTIKEL BERKAITAN:Pakai tudung dan baju kurung pun dapat komen lucah, Ahirine rimas diganggu lelaki miang

ARTIKEL BERKAITAN:3 tahun Ahirine Ahirudin sabar diganggu lelaki dikenali, hampir buat laporan polis - “Dia anggap saya kekasih”

Tambah aktres berkenaan, dia mengambil kritikan diberikan secara positif dan sentiasa berusaha memperbaiki lakonannya itu. 

“Saya terima apa-apa cabaran, cacian, makian (penonton) dan saya ambil teguran untuk memperbaiki lakonan saya.

“Saya tidak pernah berputus asa, kalau rasa ‘down’ tu semua memang normal tapi kita kena tahu apa kesilapan kita untuk lebih berusaha memperbaiki semuanya,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Ahirine bakal muncul dengan filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 April ini. 

Filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 April ini.

Filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 April ini.

Filem yang turut dibintangi oleh Nina KSC, Winson Voon dan Dunstun Luther Junior ini menceritakan tentang sebuah harapan, keberanian dan penebusan. 

Berlatarbelakangkan hutan hujan Borneo yang subur, filem ini menggabungkan kasih sayang keluarga dan mitos kuno iaitu sebuah penggembaraan supernatural yang menarik. 

Selain Raya Emas Salako Sacred Treasure, Ahirine sebelum ini turut membintangi beberapa buah filem termasuk Gadis Jolobu, Tebus dan Remp-It 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain