suria

Dua tahun pendam perasaan, Shiha Zikir hilang sabar individu berterusan sebar fitnah

Shiha sedia bersemuka dengan individu sebar fitnah.

LAMA memendam rasa, penyanyi Shiha Zikir akhirnya meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang berterusan bercakap buruk mengenai dirinya.

Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, sebelum ini dia mengambil langkah berdiam diri kerana enggan ambil pusing perbuatan individu berkenaan.

Bagaimanapun dia sudah tidak mampu menahan sabar apabila cerita tidak benar disebarkan itu telah menimbulkan fitnah dalam kalangan rakan-rakan.

Luahan Shiha di Instagram.

"Rasanya dah dua tahun saya dengar cerita tentang perangai dia ini, namun saya hanya ambil langkah berdiam sahaja. Semakin lama semakin ramai pula yang bercerita tentang dia dan ada rakan juga terkena perkara sama.

"Dia seolah-olah mahu tutup periuk nasi orang lain dengan cerita yang tidak betul. Saya rasa melampau dengan cerita fitnah yang disebarkan. Sabar saya pun ada batas," katanya ketika dihubungi mStar.

Shiha sebelum itu berkongsi satu luahan di Instastory berkaitan indivdiu berkenaan yang didakwa cuba melaga-laga hubungan baiknya dengan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati Shiha Zikir, borong kuih di bazar Ramadan edar kepada pengunjung... Kongsi rezeki belanja peminat ‘shopping’

ARTIKEL BERKATAN: MV ‘Tum Tum Raya’ dikata kurang sopan, Shiha Zikir cari kelainan bawa elemen komedi

Enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan, penyanyi ini memberitahu dia bersedia bersemuka untuk menyelesaikan jika wujud sebarang salah faham antara mereka.

"Saya cuba hubungi dia namun telah disekat termasuk di sosial media. Bagi saya jika ada buat salah lebih baik cakap bersemuka dan selesaikan semua.

Saya tidak ada masalah dengan sesiapa dan tak suka benda ini terjadi

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Saya pun sedia untuk berjumpa bila-bila masa sahaja. Di akhir Ramadan ini eloklah kita berjumpa dan minta maaf.

"Jarang saya kongsi perkara begini di sosial media. Saya tidak ada masalah dengan sesiapa dan tak suka benda ini terjadi," ujarnya.

Shiha enggan bermusuhan dengan mana-mana pihak.

Dalam masa sama, Shiha memberitahu apa yang dilakukan individu berkenaan memberi kesan terhadap dirinya, lebih-lebih lagi apabila ada kenalan bertanya tentang kesahihan cerita yang tersebar.

"Usia kita pun sudah sama-sama meningkat, tak elok buat macam itu. Sekarang ini dalam fikiran saya anggap dia ada masalah mental sahaja.

"Disebabkan cerita dia, ada yang bertanya kepada saya untuk dapatkan kepastian," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain