suria

Serasi dalam ‘Raya Pum Pang’, gabungan suara Fazura dan Syasya dipuji

MV Raya Pum Pang sudah capai lebih satu juta tontonan di YouTube.

BERPELUANG bekerjasama dengan Syasya Rizal dalam lagu Raya Pum Pang, penyanyi Nur Fazura meluahkan rasa syukur lagu berkenaan menerima sambutan baik pendengar.

Pertama kali berduet bersama penyanyi wanita, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkata penghasilan lagu berkenaan memberikan pengalaman baharu buat dirinya.

“Saya sangat teruja dan bersyukur diberikan peluang untuk bekerjasama buat pertama kali dengan beberapa individu berbakat dalam single raya ini. 

Fazura dan Syasya serasi berduet bersama.

"Ini adalah pengalaman baru buat saya dengan persekitaran kerja yang berbeza.

“Bekerjasama dengan Syasya untuk lagu ini juga adalah pengalaman menarik kerana ini kali pertama saya berduet dengan artis wanita, lebih istimewa lagi kerana ia adalah buah tangan khas untuk Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Syasya, 24, pula berkongsi pengalaman tidak dapat dilupakannya ketika menjalani penggambaran video muzik (MV) Raya Pum Pang bersama anak lelakinya iaitu Muhammad Yassir Hayyan.

Kata Syasya dia bersyukur bayinya itu memberikan kerjasama baik sepanjang penggambaran itu berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal lancar lagu dengan Fazura, tunjuk wajah anak dalam muzik video

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syasya Rizal sensitif sejak bergelar ibu, minta jangan sentuh fasal anak

“Sebelum ini saya fokus untuk nampak cantik depan kamera seorang diri, tapi sekarang ada si kecil yang perlu saya pantau juga. 

"Yassir sangat ‘friendly’ dan suka mendengar bunyi bising, jadi dia sangat seronok sepanjang sesi penggambaran. 

"Satu pengalaman yang sangat berharga buat saya dan juga Yassir sendiri,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kolaborasi bersama penyanyi Fazura, Syasya menyifatkan aktres itu sebagai seorang yang penyayang dan kelakar.

Bekerjasama dengan Syasya untuk lagu ini juga adalah pengalaman menarik kerana ini kali pertama saya berduet dengan artis wanita.

FAZURA

PENYANYI DAN PELAKON

Malah Syasya tidak menyangka dia dan Fazura mempunyai keserasian selepas menyanyikan lagu bersama.

"Saya suka Fazura, dia sangat penyayang dan dalam masa yang sama sangat kelakar.

"Pada awalnya, saya risau kalau kami tidak serasi, tetapi ternyata ‘vibes’ kami memang kena sangat," katanya.

Raya Pum Pang menerima jumlah tontonan lebih satu juta di YouTube.

Lagu Raya Pum Pang merupakan hasil ciptaan Mage, Ja’a, Glowrush dan Nick Ariff dan diterbit oleh Universal Music Malaysia.

Karya ini juga adalah hasil kerjasama antara Universal Music Malaysia, Faithful Music dam Fazura Studios.

Raya Pum Pang kini boleh didengarkan di semua platform digital dan MV di YouTube sudah mencecah lebih 1 juta tontonan selepas dimuat naik sejak 7 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain