ANAK bongsu dikatakan berdepan masalah lambat bertutur atau 'speech delay', usahawan Eriyca Baiduri tampil menjelaskan Ahmad Kayden merupakan seorang kanak-kanak normal dan tiada sebarang simptom tersebut.
Malah, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 35, memberitahu setiap dua bulan dia akan membawa Kayden menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan doktor mengesahkan anak lelakinya itu berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah Kayden tak ada speech delay, tak ada sebarang simptom speech delay. Buat masa ini anak saya ‘on track’ dan sihat. Setiap dua bulan memang kita buat pemeriksaan kesihatan.
Madammu menjelaskan Kayden tidak mempunyai masalah kesihatan.
“Kata doktor, Kayden ‘on track’ untuk kanak-kanak seusia begitu. Mana ada budak umur setahun lebih dah boleh bercakap macam kanak-kanak umur lima tahun,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Madammu memberitahu dia tidak terasa hati dengan kata-kata dilempar netizen sebaliknya hanya mahu menjelaskan perkara sebenar supaya dapat menjawab segala persoalan ramai.
Malah, dia menasihati pengikutnya supaya tidak membuat tanggapan buruk terhadap anak orang lain kerana setiap kanak-kanak mempunyai tumbesaran berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal imej bertudung selepas pulang umrah, Madammu dipuji semakin cantik
ARTIKEL BERKAITAN: Anak tiri Madammu dah pandai tulis luahan hati di media sosial, sedih ‘mummy’ marah tak belikan mainan Lego
“Saya tidak terasa pun sebab Kayden normal sahaja. Cuma saya kena jelaskan sebab kadang-kadang lagi kita diam, makin menjadi-jadi pula orang berkata-kata.
“Kadang-kadang kita ni tak boleh nak selalu menjaga ‘kain’ (hal) orang. Kita juga tidak boleh nak menghakimi budak-budak kerana tumbesaran mereka berbeza-beza.
Alhamdulillah Kayden tak ada speech delay. Buat masa ini anak saya ‘on track’ dan sihat.
ERIYCA BAIDURI
USAHAWAN
“Ada yang membina kemahiran motor dengan bermain, ada yang dapat kaki (berjalan) dan ada juga budak-budak yang petah bercakap. Semuanya normal asalkan anak kita sihat. Sebagai ibu bapa kita pantau sahajalah,” ujarnya.
Sebelum ini, Madammu meluahkan rasa kesal apabila Kayden dituduh mengalami masalah lambat bertutur.
Menurut Madammu, ‘speech delay’ bukanlah satu penyakit tetapi ia terjadi akibat persekitaran yang membuatkan kanak-kanak itu malas untuk bercakap.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!