suria

"Anak-anak kami jadi mangsa. Keji, jijik!" - Rita bengang ada pihak cuba lagakan hubungan baik dengan Aidil

Rita berbaik semula dengan Aidil demi anak-anak mereka.

PELAKON Rita Rudaini mendedahkan ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat hubungan baiknya dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Rita, 42, berkata pihak berkenaan seolah-olah cuba melaga-lagakan dirinya dan pemain bola sepak negara itu hingga menyebabkan anak-anaknya yang menjadi mangsa.

"Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik. Walaupun demi anak-anak. Gigihlah cuba nak lagakan kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mahu bapa baru, minta Rita Rudaini cari pemain bola sepak

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’ dedah rahsia Rita nikah di gudang beras


Rita dedah ada pihak tidak senang melihat dia dan Aidil berbaik semula.

"Anak-anak kami jadi mangsa. KEJI dan JIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik.

"Kenapa ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy 'Bergabung Meletop'?," katanya.

Rita membuat pendedahan itu menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersyukur hubungan dia dan Aidil sudah pulih.

Dalam pada itu, aktres ini memberitahu dia tidak kisah sekiranya pihak berkenaan cuba merancang sesuatu untuk memutuskan hubungan baik antara dia dan bapa kepada anak-anaknya itu.

Bagi Rita, dia percaya satu hari nanti Allah akan menunjukkan perkara yang benar kepada Aidil.

Anak-anak dibawah jagaan Rita.

"Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun. Biarpun beribu tahun, sistur (kakak) okey ja.

"Sebab sistur percaya, satu hari nanti, TUHAN akan bisikkan hanya BENAR pada Daddy Ryanjuna," ujarnya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini di bawah jagaan Rita.

Rita Rudaini, Aidil Zafuan

Artikel Lain