TINDAKAN Remy Ishak memuat naik status memberi amaran kepada seseorang di Instastory pada Khamis meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Beberapa orang peminat menghantar paparan skrin status tersebut kepada mStar dengan meluahkan kebimbangan terhadap aktor tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak tak gopoh cari isteri - “Pada usia ini banyak benda saya nak kena susun” Menerusi status tersebut, Remy, 37, menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap seseorang jika ada perkara buruk yang berlaku terhadap keluarganya akibat perbuatan sihir. "Aku dah tahu semua benda yang kau dah buat. Sekiranya ada perkara yang tidak baik berlaku pada keluarga saya melibatkan sihir, saya tahu apa yang perlu dilakukan," katanya. Peminat bimbang melihat status Remy. Bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak ini tidak menjelaskan lebih terperinci mengenai situasi dan perkara sebenar yang berlaku. Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan pelakon filem Sangkar itu juga tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej. Dalam pada itu, menerusi pemeriksaan mStar, Remy kini jarang aktif di laman sosial dan kali terakhir dia memuat naik foto pada empat hari lalu. Perkongsian foto Remy sedang menguruskan tanaman yang dirakam oleh ibunya sendiri mendapat lebih 563,000 tanda suka dan 740 komen.