suria

“Hubungan kami okey, saya dalam proses bimbing dia” - Tunang beri penjelasan, status kecewa bukan untuk Intan Najuwa

Razrul menjelaskan kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya dibuat secara umum.

HUBUNGAN pelakon Intan Najuwa dengan tunangnya Razrul Anwar Rusli mencetuskan kontroversi selepas paparan skrin status Instagram milik ahli peniagaan itu tular di media sosial.

Enggan perkara itu berpanjangan dan disalah erti, Razrul, 38, tampil menjelaskan perkara sebenar dan status hubungan mereka.

Razrul memberitahu kenyataan yang dimuat naik di Insta story miliknya itu dibuat secara umum dan bukan ditujukan kepada aktres itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak usia 16 tahun, Intan Najuwa bertunang dengan usahawan dari Kedah - “Saya tak pernah berkawan lelaki berusia tapi selepas kenal dia...”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak mudah dipegang-pegang” - Intan Najuwa tahu jaga batas, minta netizen henti lagakan hubungan dengan tunang

"Kenyataan itu dibuat secara general... Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.

"Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu.

Intan sebelum ini dikecam kerana bergambar mesra dengan Zul Ariffin.

"Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang," ujarnya kepada mStar.

Intan Najuwa sebelum ini dikecam apabila bergambar mesra dengan hero dalam drama lakonannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin.

Aksi didukung dan mudah dipegang oleh pelakon lelaki menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menganggap tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.

Dalam pada itu, Razrul mengakui sedang dalam proses untuk membimbing Intan demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan kerana memahami kerjaya wanita itu.

"Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa... saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.

Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.

RAZRUL ANWAR RUSLI

Tunang Intan Najuwa

"Lagipun kerja itu bukan selamanya akan kena buat begitu. Watak pasti akan berbeza dan caranya juga akan berbeza. Saya tiada masalah, saya tahu Intan bagaimana," ujarnya.

Dalam pada itu, Razrul berkata hubungannya dengan pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Razrul juga tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan faham lumrah kehidupan artis sama seperti dunia politik.

"Hubungan kami okey sahaja... semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama.

"Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa.

Paparan skrin status Razrul mencetuskan kontroversi apabila ia menjadi tular di media sosial.

"Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik.

"Saya juga tidak menaruh perasan marah kepada sesiapa. Ini adalah lumrah hidup untuk dikritik," ujarnya.

Tambah Razrul, dia juga akan memberi keizinan kepada Intan untuk berlakon meskipun sudah bergelar isteri suatu hari nanti.

"Ya, saya memberi keizinan kepada Intan untuk berlakon, malah saya turut berbangga jika Intan masih lagi menjadi heroin selepas kami berkahwin," ujarnya.

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

Intan Najuwa, tunang, Razrul

Artikel Lain