PENYANYI Lufya menyelar komen seorang netizen yang mendakwa dia sengaja menggunakan media sosial untuk membuka aib suaminya Dr Muhammad Che Hafiz Che Baharum. Menerusi ruangan komen di Instagram mStar, Luyfa berkata, kenyataannya sebelum ini hanya meluahkan perasaan kesal dan terkilan apabila suaminya tidak hadir ke mahkamah bagi menguruskan kes perceraian mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah-sudahlah drama, lambat atau cepat orang akan tahu” - Suami Lufya reda diaibkan, serah mahkamah buat keputusan ARTIKEL BERKAITAN: “Berani kerana benar... nak saman atau apa sekali pun, saya bersedia” - Lufya fail cerai, kesal suami tidak hadir ke mahkamah "Bila masa lagi saya aibkan Che Hafiz ini? Saya cuma cakap kesal dia tak datang mahkamah untuk selesaikan hal cerai. Jangan menyusahkan wanita. Lufya membalas komen netizen yang memintanya untuk berhenti membuka aib di media sosial. "Kos guaman bukan murah ya dik. Tekanan juga tinggi. Saya sudah mengelak untuk buka cerita masalah kami. Masalahnya kenapa tak datang lepas itu tipu lagi kata dah maklum ke hakim? "Saya dari JB (Johor Bahru) tinggal anak kat mak, naik kapal terbang semata-mata nak selesaikan kes ini cepat, jadi tak ada apa-apa cerita lagi. "Kamu tak berada di tempat saya dan kamu kurang buat kajian la dik. Saya penat dan ia membuang masa dan duit saya. Tak apa, Allah maha besar," ujarnya. Lufya membalas komen seorang netizen yang bersetuju dengan kenyataan Che Hafiz pada laporan mStar 19 Oktober lalu bahawa aktres itu sengaja berdrama dan membuka aib di media sosial. Tutup la aib sendiri. Cepat selesaikan masalah bukan lari! Siapa yang drama? Saya dah penat la layan drama. LUFYA Pelakon Sebelum ini, pada 16 Oktober lalu, Che Hafiz tidak hadir pada sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Subang Bestari, Petaling Jaya. Perkara itu membuatkan Lufya terkilan dan menganggap suaminya cuba melengahkan kemelut rumah tangga mereka. Dalam pada itu, Lufya berharap suaminya mempercepatkan urusan perceraian mereka dan mengenepikan 'drama' yang sengaja dicipta untuk meraih publisiti. "Tutup la aib sendiri. Cepat selesaikan masalah bukan lari! Siapa yang drama? Saya dah penat la layan drama. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan. "Siapa yang nak perhatian ini sebenarnya? Nak terkenal semata-mata ke? Berhenti jadi budak-budak dan jadi la lelaki. "Saya penat, saya ada anak yang memerlukan saya lebih daripada nak layan drama dia," ujarnya. Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun. Lufya membalas komen netizen yang salah faham terhadapnya.