suria

Isu 'benchmark' Mael Totey, Ayu Puteh pertahan pendapat Ellie Suriati - “Apa dia cakap ada betulnya, netizen sengaja cari bahan nak kutuk!”

Datuk Ayu Puteh anggap komen Ellie Suriati sebagai pandangan dan kritikan seorang pelakon dan pengarah berpengalaman.

PENERBIT Datuk Ayu Puteh mempertahankan pandangan yang diutarakan oleh pelakon terkenal Ellie Suriati mengenai filem Mael Totey The Movie yang dikatakan tidak mencapai penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Memahami maksud yang cuba disampaikan oleh pelakon kontroversi itu, pemilik produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini berkata netizen tidak memahami konteks sebenar maksud yang cuba disampaikan oleh Ellie.

Menurut Ayu, setiap individu mempunyai pandangan berbeza mengenai industri kreatif dan tiada salah jika seseorang anak seni menyuarakan pendapat terhadap sesuatu isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem 'Ada Apa Dengan Dosa' dijual 80 sen, penerbit Ayu Puteh saman laman e-dagang

ARTIKEL BERKAITAN: Pembikinan filem Mael Totey masih ketinggalan, Ellie Suriati kata tak capai ‘standard’ - “Ia bukan benchmark karya kreatif”

"Bagi saya apa yang dikatakan oleh Ellie itu ada betulnya terutamanya mengenai akta filem dan sebagai pengarah serta pelakon profesional itu adalah pandangan dia.



Ayu selaku penerbit filem terbuka dengan sebarang kritikan dan pandangan.

"Apa yang Ellie luahkan tak salah... asalkan kita faham maksud sebenar, kalau sebut tentang benchmark (penanda aras) filem memang lain la kualitinya.

"Tak perlulah nak kutuk-kutuk pengarah dan pelakon tu, apa dia cakap memang ada kebenarannya... netizen bukan semua tahu fasal filem, apa mereka tahu kelakar dan happy," katanya kepada mStar.

Pada Khamis, Ellie menerusi laporan mStar memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie sehingga berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie pernah cakap dia bangga filem pertama Syahmi berjaya, katanya itu rezeki dia... bukan Ellie tu sombong atau hina filem itu!

DATUK AYU PUTEH

PENERBIT

Ellie berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

Pandangan yang diluahkan Ellie itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat seni dan netizen sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial.

Dalam pada itu, Ayu mendedahkan Ellie yang sedang menjalani penggambaran drama di bawah terbitan produksinya berjudul Baby Tak Gila turut memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie itu.



Filem Mael Totey The Movie raih lebih RM5 juta sejak ditayangkan bermula 22 Oktober lalu.

"Ellie pernah cakap dia bangga filem pertama Syahmi berjaya, katanya itu rezeki dia... bukan Ellie tu sombong atau hina filem itu.

"Netizen ni kadang-kadang sengaja nak besar-besarkan dan nak cari bahan untuk kutuk tak kena gaya, Ellie ucap tahniah pun salah juga atau mereka ini tak guna akal tu 100 peratus bila nak tinggal komen, ikut perasan bantai tanpa fikir baik buruk.

"Masing-masing ada pandangan sendiri, saya sebagai penerbit pun okay terima kritikan orang lain... macam kita tengok cerita Mr Bean, ada orang gelak kerana kelakar ada juga yang anggap itu macam lawak bodoh. Terpulang pada individu!

"Saya sendiri berpendapat filem Mael Totey memang memenuhi citarasa kebanyakan penonton di Malaysia... sekarang ni banyak orang stress dan sesuailah cerita itu untuk hiburan kita semua," ujarnya.

Artikel Lain