GARA-GARA menggantung rokok elektronik atau vape di leher ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33), pelakon Shahiezy Sam menerima kecaman netizen. Malah, tindakan suami pelakon Syatilla Melvin itu turut ditegur pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) yang mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi tidak menyaring penampilan selebriti tersebut sebelum bersiaran secara langsung. ARTIKEL BERKAITAN: TV3 kesal! Semua selebriti sudah diberi penerangan sebelum ABPBH33 berlangsung tapi Shaheizy Sam tak peka PHM turut menyifatkan tindakan pelakon itu telah mempromosikan penggunaan vape dalam kalangan masyarakat. Pengendali akaun Public Health Malaysia membuat teguran di perkongsian Facebook pada Jumaat. "Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv. "Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV, ” tulisnya. Sementara itu, Shaheizy menjelaskan bahawa dia terlupa untuk menanggalkan vape berikutan keadaan kelam kabut sebelum naik ke pentas. “Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak vape sebab bateri cepat habis, ”kata Sam menerusi laporan Kosmo! Online. Dalam perkembangan lain, ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Jumaat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!