suria

Isteri dakwa dah cium kaki suami minta ampun tapi sayang, Shuk Sahar tak berubah

Isteri dedah Shuk Sahar curang dan main kayu tiga.

PERGOLAKAN rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali hangat apabila isterinya Rossalennah membuat dakwaan suaminya curang.

Menerusi beberapa muat naik di laman Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dia orang semakin menyakitkan hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar curang? Isteri didakwa tahu cerita sebenar

"Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.

"Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak macam ni... aku dah cukup tabah, cukup sabar tapi kau tak pernah hargai. Kau tinggalkan aku dan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau!" tulisnya.

Isteri Shuk Sahar buat pendedahan dan luahan hati di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Rossalennah turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

Namun dia mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari!

ROSSALENNAH

ISTERI SHUK SAHAR

"Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

"Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana, ” ujarnya.

Isteri kecewa tindakan Shuk namun akui masih sayang.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

"Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?

"Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari... kau tipu aku... aku dah puas menangis.



Shuk bersama isteri dan anak.

"Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, ” katanya.

MStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shuk yang juga penyampai radio Hot FM ini.

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain