suria

Pernah dikaitkan dengan wanita sama, Kecik Hyper Act tegur Shuk jadi lebih matang

Kisah pergolakan rumah tangga Shuk turut mendapat perhatian Kecik.

KISAH rumah tangga Shuk Sahar menjadi perbualan netizen sejak semalam apabila isterinya Rossalennah mendakwa pelawak itu berlaku curang sekali lagi.

Pendedahan itu juga menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik yang pernah mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan wanita yang dikaitkan dengan Shuk itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, Kecik atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Kamarudin meminta agar Shuk menjadi lebih matang dan tidak membuatkan isterinya menderita.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa dah cium kaki suami minta ampun tapi sayang, Shuk Sahar tak berubah

"Eh jadi pulak? Kecik harap isteri Shuk (Sera) dapat harungi semua ini dengan tabah.

"Shuk please matang! Jangan buat isteri macam ini," katanya.

Sebelum ini, Kecik pernah membuat pendedahan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan beberapa tahun lalu.

Kecik berkongsikan nasihatnya buat Shuk di laman Twitter.

Katanya, dia berada dalam sebuah hubungan toksik dan wanita itu menjadi punca dia dibuang daripada kumpulan Hyper Act.

Biarpun pendedahannya itu dikecam netizen, namun Kecik berkata tindakannya berbuat demikian adalah untuk memberi pengajaran agar tiada lagi lelaki lain yang akan menjadi mangsa.

Shuk please matang! Jangan buat isteri macam ini.

KECIK

PENYANYI

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan wanita yang sama pada sekitar Julai tahun lalu.

Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natasyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain