suria

[VIDEO] Fara Salleh mengaku skandal dengan Shuk Sahar sudah berakhir - “Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!”

TAKUT dengan pelbagai ugutan daripada individu tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.

Menurut wanita dikenali sebagai Fara Salleh, 28, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dikaitkan dengan wanita sama, Kecik Hyper Act tegur Shuk jadi lebih matang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa dah cium kaki suami minta ampun tapi sayang, Shuk Sahar tak berubah

"Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang ugut nak bunuh... sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

"Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial," katanya kepada mStar pada Ahad malam.

Fara akui hubungannya dengan Shuk sudah berakhir.

Dia temui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas 'diserang' isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di kediamannya.

Menurut Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah hadir ke rumahnya dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.

Bagaimanapun Fara enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

"Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis... biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.

Antara mesej yang diterima Fara menerusi WhatsApp daripada individu tidak dikenali.

"Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour... dia boleh tengok ada atau pun tidak," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada dia masih menjalinkan hubungan dengan Shuk seperti yang didakwa, dia mengakui segalanya sudah berakhir.

"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!" katanya ringkas.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain